Drama

Yoon Seung Ah Kecewa Lamaran Kekasih Tak Romantik Seperti Dalam Drama

Mya Amri
06/03/2017
10:15 MYT
Sponsor Banner
Yoon Seung Ah Kecewa Lamaran Kekasih Tak Romantik Seperti Dalam Drama
Pelakon, Yoon Seung Ah kecewa apabila kekasihnya Lee Jun Hyuk tidak melamarnya secara romantik seperti yang ditunjukkan dalam kebanyakan drama Korea selepas hampir tiga tahun bercinta.
Seung Ah juga tidak dapat menyembunyikan wajah sedih sebaik saja mengetahui punca sebenar perkahwinan tersebut adalah kerana teman lelakinya khuatir hubungan mereka menjadi goyah selepas Jun Hyuk menerima tawaran untuk mengendalikan sebuah projek khas di syarikatnya.
Bagaimanapun selepas menyedari tindakan Jun Hyuk itu sebagai tanda cinta terhadap dirinya, Seung Ah menerima lamaran tersebut dengan hati terbuka.
Momen-momen tersebut dapat dilihat menerusi drama terbaru berjudul The Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com.
Yoon Seung Ah memegang watak sebagai Yeong Hee, wanita berusia 30-an yang risau tentang dirinya masih belum berkahwin.
Namun nasibnya berubah apabila kekasihnya, Cheol Soo telah melamarnya dan mencadangkan proposal perkahwinan untuknya.
Apakah dugaan yang bakal ditempuhi oleh pasangan pengantin ini?
Jangan lupa saksikan 10 episod The Birth Of A Mrs di portal Gempak.com.
The Birth Of A Mrs merupakan drama Korea online pertama yang ditayangkan di Gempak.com.
Untuk menonton episod penuh, KLIK DI SINI.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar