Hiburan
You Know Nothing About Cooking: Juadah Penting Hari Raya, Sherry Alhadad Masak Lontong Kuah Lodeh & Jely Mix Fruit Cocktail
Menu lontong kuah lodeh merupakan antara juadah yang penting dan mesti yang dinanti-nantikan setiap kali hari raya tiba.
Bukan sahaja lontong kuah lodeh, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad juga akan buat jely mix fruit cocktail.. peh!
Macam biasa la, Sherry akan masak menu tersebut dengan tunjuk ajar daripada ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa.
Manakala tetamu yang akan merasai masakan Sherry adalah pelakon yang akan memegang watak sebagai Keluang Man iaitu Nas T.
Korang rasa Nas T akan suka tak dengan masakan Sherry?
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh lontong kuah lodeh + jely mix fruit cocktail
Bahan-bahan :
Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Lengkuas, Kunyit Hidup, Cili kering, Udang Kering, daun salam, air putih, santan, Tauhu (dipotong 4 dan digoreng), tempe, kacang panjang, sengkuang, carrot, kobis bulat, suun, fuchuk & nasi impit.
Proses :
Kisar Bawang Merah, Bawang Putih, Serai, Lengkuas, Kunyit Hidup, Cili kering dan Udang Kering kemudian tumis sehingga garing, masuk kan sedikit air. Masuk kan daun salam, masuk kan sayur-sayuran, santan dan perasakan dengan garam.
Bahan Bahan sambal tumis :
Bawang merah, bawan kecil, belacan, cili kering & air asam jawa.
Proses :
Kisar Bawang merah, bawang kecil, belacan dan cili kering, kemudian tumis sehingga garing, dan masuk kan gula, garam, perasa dan air asam jawa.
Bahan- Bahan Jelly mix fruit cocktail :
Instant jelly ,fruit cocktail (dalam tin), Susu cair dan ais.
Proses :
Campurkan instant jelly dengann air panas dan biarkan sejuk. Selepas itu masuk dalam peti sejuk. Setelah jelly siap, masukkan fruit cocktail, jelly, susu & ais ke dalam mangkuk