Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Nasi Lemak Hijau Basmathi & Sambal Sotong Kembang, Agaknya Ceddy Akan Kritik Tak?

Asyikin Mayudin
13/03/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Nasi Lemak Hijau Basmathi & Sambal Sotong Kembang, Agaknya Ceddy Akan Kritik Tak?
Selalunya nasi lemak warna putih kan tapi kali ini Sherry kena belajar masak nasi lemak warna hijau iaitu nasi lemak hijau Basmathi dan sambal sotong kembang.
Seperti biasa, Sherry akan memperlajari ilmu masak baru daripada ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa dan episod kali ini juga ada penampilan khas dengan kehadiran Datuk M Nasir.
Datin Marlia siap bagi kuiz dekat Sherry untuk teka dan pengacara itu dapat menjawab dengan betul dengan memberi jawapan ‘pucuk manis’
Untuk kali ini, tetamu yang akan menikmati hidangan Sherry adalah pakar pengkritik makanan iaitu pempengaruh media sosial, Ceddy.
Korang rasa Ceddy kritik ke tak masakan Sherry?
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh Nasi Lemak Hijau Basmathi + sambal sotong kembang.
Bahan-Bahan :
Beras basmathi, santan, pucuk manis, daun pandan, bawang merah,sotong kembang, belacan, cili kering, gula melaka, asam jawa,gula, garam, timun,telur, ikan bilis dan kacang tanah.
Proses :
Nasi : Basuh dan rendam beras dengan garam, untuk jadi kan beras lebih panjang. Kisar daun pandan dan pucuk manis, kemudian toskan.
Sukatan satu cawan beras bersamaan dengan satu setengah air yang di campur bersama santan pekat. Letak garam, letak air daun pandan dan pucuk manis. Masak nasi macam biasa.
Sambal sotong: cili kering, bawang merah (lebih kan bawang) dan belacan semua dikisar, kemudian tumis sehingga garing. Bila dah garing, masuk gula melaka dan air asam jawa.
Sotong kembang potong dan celur dalam air panas, kemudian masuk dalam sambal. Masak sekejap, rasa kan dengan garam.
Untuk hiasan : Hirisan timun,telur rebus, kacang tanah goreng dan ikan bilis.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar