Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Untuk Zizan Razak, Ini Resipi Penuh Sup Tulang Merah

Asyikin Mayudin 23/03/2024 | 08:55 MYT
Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad akan masak menu sup tulang merah untuk episod kali ini.

Sherry akan belajar masak menu itu dengan ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa.

Untuk tetamu kali ini, pelakon dan pengacara terkenal Zizan Razak akan cuba masakan Sherry!

Agak-agak korang Zizan akan puji ke tak?

Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.

Berikut merupakan resipi penuh sup tulang merah.

Bahan-bahan :

Sum Sum tulang kambing, bawang putih, halia, bawang merah, rempah tiga sekawan, cili kisar, serbuk kunyit, gula, tomato puree, garam, telur dan roti perancis

Proses sup tulang merah :

Rebus sum-sum tulang kambing bersama dengan bawang putih dan halia yang dikisar.

Tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah tiga sekawan dan cili kisar. Kemudian masukkan serbuk kunyit, gula, tomato puree. Masukkan air rebusan tulang dan tulang ke dalam bahan tumisan, biarkan mendidih perasa kan dengan garam dan bahan perasa.

Akhir sekali pecah kan beberapa biji telur, kacau dan tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuah sambil kuah terus dikacau. Bila kuah dah pekat tutup api. Hidang kan bersama roti perancis yang dihiris.

#Zizan Razak #Sherry Alhadad #masak #Marlia Musa #You Know Nothing About Cooking
;