Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Belajar Silat Dengan Atlet Kebangsaan, Siap Panjat Tali & Berguling Depan Juri

Khairil Khusyairi 29/08/2024 | 10:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Jadi kali ini Sherry nak cuba macam-macam jenis sukan tau. Wow tak sabarnya!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Sherry Bersilat Dengan Alif Satar

Dalam episod pertama, Sherry akan bersama seorang pelakon, penyanyi, pengacara popular dan juga Mr Ironman Malaysia, Alif Satar dalam mencuba dan mempelajari sukan silat.

Lebih menarik, seorang atlet kebangsaan pun ada tau untuk ajar Sherry dan Alif. Siapa agaknya atlet kebangsaan tu ya?
Atlet yang akan bersama Sherry dan Alif ni bukan biasa-biasa tau. Pernah dapat banyak pingat juga di setiap kejohanan sukan. Fuh!
Korang rasa Sherry boleh kalahkan Alif tak perlawanan sukan silat nanti?

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Jom saksikan You Know Nothing About Sports yang akan bersiaran setiap hari Khamis jam 9 malam di Gempak.com

Jenis jenis silat

Silat berlainan dengan ilmu seni mempertahankan diri yang lain kerana silat merupakan salah satu ilmu kependekaran ataupun bela diri hak milik orang melayu yang bukan hanya terkandung ilmu beladiri semata-mata.

Silat juga merangkumi adat dan adab bangsa melayu dan nilai-nilai islam yang tersemai di dalamnya .
Terdapat lebih 300 jenis silat yang terdapat di Malaysia,namun antara yang popularnya ialah silat gayong, silat cekak dan silat tongkat.

#Alif Satar #Sukan #Sherry Alhadad #Silat #Gempak Original #You Know Nothing About Sports
;