UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

“You Tak Suka Besar, Keras?” - Didakwa Buat Jenaka Double Meaning, Netizen Tegur Dini Schatzmann

Umirah Halim 04/02/2025 | 01:55 MYT

Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann menerima kritikan warganet gara-gara didakwa membuat jenaka ‘double meaning’.

Menerusi hantaran di TikTok, kedua pelakon tersebut dapat dilihat membeli barangan mentah untuk tujuan masakan.

undefined

Bagaimanapun, suami kepada pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu dipercayai membuat lawak berunsur lucah seperti bertanyakan kepada Janna sama ada dirinya suka akan sesuatu yang ‘besar’ dan ‘keras’.

“Sayang yang ni besar, keras, macam ni tak boleh,” ujar Janna.

“You tak suka besar, keras?” soal Dini.

Netizen tegur

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen menzahirkan rasa kurang senang dengan jenaka Dini.

“Dini ni selalu je ada double meaning,”

“Cakap apa-apa mesti ada double meaning,”

“Jangan bukan-bukan dengan makanan," komen beberapa netizen.

Untuk info, Janna Nick mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann pada 10 Jun 2023.

Hampir dua tahun berkahwin, pasangan itu bagaimanapun belum mempunyai sebarang cahaya mata.

#Netizen #Janna #Dini Schatzmann #Nick #double #meaning
;