Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Youtuber Alana Dunsmore Umum Bakal Berkahwin Dengan Abbas Mahmood - “Hadiah Terbesar Saya Adalah Kamu”

Izwan Isa 12/01/2024 | 03:55 MYT

Youtuber Alana Dunsmore sebelum ini pernah mengejutkan pengikutnya apabila mendedahkan yang dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baharu, Abbad Mahmood.

Beberapa minggu kemudian, Alana sekali lagi berkongsi berita yang sangat istimewa dengan mengumumkan yang dia telah memeluk Islam selepas empat tahun mendalami agama menerusi kursus Pengajian Islam di UNIRAZAK.
Terbaharu, Alana sekali lagi berkongsi berita gembira yang dia dan jejaka yang telah lama mengisi hatinya iaitu Abbas telah pun mengikat tali pertunangan.

A post shared by Alana Dunsmore ? (@alanaspinktravels)

“Bismillah… kami ada berita ingin disampaikan. Kami sudah bertunang. Hadiah terbesar saya adalah kamu Abbas Mahmood.
“Alhamdulillah,” tulisnya sambil memberitahu yang mereka bakal menggayakan baju pengantin sebuah dari sebuah butik pengantin di ibu kota.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

#Abbas Mahmood #Alana Dunsmore
;