Laman Utama
Youtuber Cilik Korea Selatan Boram Meninggal Dunia Akibat Didera? TikTokers Malaysia Mula Tugas Detektif!
Sejak semalam hari lalu, kecoh di aplikasi TikTok mengenai khabar angin Bintang Youtube Cilik Korea Selatan, Boram meninggal dunia kerana didera oleh bapanya sendiri.
Berita mengenai Boram hangat diperkatakan di aplikasi terbabit dan rata-rata pengguna mahukan keadilan sekiranya dakwaan tersebut benar.
Menerusi permerhatian Gempak, berita mengenai kematian Boram hangat diperkatakan peminatnya dari seluruh dunia termasuk warga TikTok dari Malaysia.
Kali terakhir Boram memuat naik kandungan di saluran Youtube adalah pada dua hari lalu, namun warga TikTok mendakwa ia dimuat naik untuk mengaburi mata orang ramai mengenai kematiannya.
Malah ruangan komen juga telah ditutup.
Mereka juga mendakwa kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu selama ini dieksploitasi oleh ibu bapanya sendiri demi kepentingan diri dan meraih keuntungan.
@tjanicel The loss of life information of Boram Meninggal, a South Korean Youtube sensation from Boram Tube Vlog, has reportedly surfaced on the web, and followers are desirous to know the reason for loss of life.#boram #justice #korea #tiktokkorea #thekingoftips??? #Foryou #foryoupage #abuse ♬ original sound - TJL
Pada 2019, berita mengenai Boram tular apabila dia dilaporkan antara kanak-kanak yang memperoleh pendapatan lumayan menerusi kandungan Youtube ‘Boram Tube Vlog’ dan ‘Boram Tube ToysReview’.
Hanya dengan membuat ulasan atau review produk mainan kanak-kanak yang berada di pasaran, Boram mampu menghadiahkan keluarganya sebuah kediaman lima tingkat di daerah Gangnam, Seoul bernilai RM33 juta (9.5 bilion won).
Bangunan yang seluas 258.3 meter persegi dan terletak di Gangnam itu dibeli pada 3 April lalu oleh syarikat Boram Family ( syarikat yang menguruskan kedua-dua saluran YouTube Boram).
Ketika itu Boram baru berusia enam tahun.
Berita pembelian rumah mewah itu menjadi bualan rakyat negara itu yang mendakwa Boram dipergunakan oleh ibu bapanya.
Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu dieksploitasi oleh ibu bapanya.
Menurut laporan Korea Times, YouTuber cilik itu sangat popular dalam kalangan orang ramai dan dia dianggarkan menerima pendapatan kira-kira RM12.8 juta (3.7 bilion won) setiap bulan.
Dengan teknik pengeditan video yang menarik, Boram berjaya menarik sejumlah besar penonton di Korea Selatan dan seluruh dunia.