Yuna Rahim Tak Malu Jual Rempeyek - “Saya Bukan Datang Dari Keluarga Senang”
Pelakon, Yuna Rahim memgambil inisiatif dengan memulakan perniagaan rempeyek kecil-kecilan yang diusahakannya dari rumah.
Menurut Yuna, bapanya banyak memberikan bantuan dan galakan untuk membuka perniagaan makanan yang kini berada di bawah jenama Yuna Cips.
“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi?Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.
“Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini.
Bercerita mengenai proses awal peniagaan, Yuna memilih rempeyek kerana ia merupakan snek tempatan yang enak untuk diketengahkan.
Malah kata Yuna, walaupun baru sebulan mengusahakan rempeyek, sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.
“Resepi saya dapatkan daripada kawan. Saya sibuk ada penggambaran dia juga yang akan masakkkan tempahan rempeyek untuk saya.
“Lagipula orang tua suka rempeyek. Mereka yang akan banyak sokong saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Yuna kini berlakon sebagai Zuleikha dalam drama berjudul Mystic Village.
Selain Yuna, pelakon lain yang membintangi drama berkenaan adalah Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid.
Mystic River diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.
Sinopsis:
Drama ini mengisahkan tentang seorang Imam-fluencer yang pulang ke kampung halamannya setelah dikecam netizen.
Perkara itu berlaku selepas Tweetnya tentang poligami meletup serta menimbulkan kemarahan beberapa pihak.
Di situ dia menjumpai bakat terpendam dalam menyelesaikan misteri-misteri yang membabitkan benda-benda ghaib.
Mystic Village ditayangkan setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 410).