Laman Utama

Zahid Hamidi Jadi TPM, Lagu Altimet Makan Diri? Ini Reaksi Empunya Diri

Syafiqah Jalal
03/12/2022
02:44 MYT
Sponsor Banner
Zahid Hamidi Jadi TPM, Lagu Altimet Makan Diri? Ini Reaksi Empunya Diri

Penyanyi rap, Altimet diserang netizen selepas pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I semalam.

Rata-rata warganet di Instagram meluahkan kekesalan dan meninggalkan sindiran halus kepada Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berikutan lagu nyanyian serta ciptaannya yang berbaur politik berjudul Aduh Malaysia.

Lagu itu seolah olah telah memakan dirinya apabila antara lirik lagu berkenaan adalah “Hoi hoi ya hoi, siapa sokong penyamun? Hoi bangun yang lama mengelamun. Duit kau aku, semua dia sapu"

Difahamkan, lagu dinyanyikan oleh Altimet diambil daripada inspirasi pergerakan yang dilancarkan oleh Rafizi Ramli yang baru dilantik sebagai Menteri Ekonomi Kerajaan Perpaduan iaitu ‘Ayuh Malaysia’.

Justeru rata-rata juga mengharapkan Altimet mengeluarkan lagu baharu yang mungkin dapat mengimbangi semula dengan lirik sebelum ini yang dilihat sudah memakan diri.

"Sempat lagi tukar lirik bro," komen salah seorang warga maya
"Tolong buat lagu baru please. Tak sabar nak dengar ni," minta salah seorang netizen
"Tukar sikit lirik hoi ya hoi kami sayang penyamun," kata salah seorang warga net
Altimet membiarkan komen komen 'panas' tanpa membalas yang mula membanjiri Instagram miliknya itu.
Namun dilihat seolah-olah melarikan diri ke Twitter dengan satu ciapan.
Tiada kata, Altimet hanya menciap satu dua emoji yang menunjukkan konon dia tidak tahu apa-apa.
Ciapan itu turut mendapat lebih 300 komen dan hampir 3,000 retweet setakat lewat malam tadi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar