Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Saya Ada Hubungi Ibu Mentua Nak Mohon Maaf, Tapi Respon Saya Terima ..." - Zahnita

Ernalisa 16/12/2024 | 07:55 MYT

Pelakon dan bekas model Zahnita Wilson ada menghubungi ibu mentuanya baru-baru ini selepas kecoh kes rumah tangganya dengan suami, Abd Zackery Ghouse.

Jelas Zahnita, tujuannya menghubungi ibu mentuanya adalah untuk memohon maaf sepanjang menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Bagaimanapun, respon yang diterima amat menyedihkan!
"Yes... baru-baru ini saya memang ada call ibu mertua saya dengan niat nak mohon maaf sebab tak dapat jaga dan bersama anak dia (Zakery).
"Tetapi respon yang saya terima dari dia (ibu mentua) memang kurang baik dan agak menyedihkan.
"Saya faham buruk baik, Zakery anak dia. Tak mengapa kalau dia tak dapat terima niat baik saya itu. Saya faham.
"Yang penting saya ikhlas untuk minta maaf kepada dia (ibu mentua) kerana saya fikir saya pernah menjadi sebahagian keluarga itu," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Zahnita memberitahu, keputusan untuk bercerai dilakukan kerana tidak mampu lagi bertahan selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.
"Syukur, Allah adalah kekuatan saya selain sokongan ibu dan orang terdekat disekeliling saya.
"Terus terang saya cakap, emosi saya sekarang memang lemah dan tak stabil. Saya fobia. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa ada di sisi saya dalam keadaan trauma yang saya alami kini," katanya.
Ketika ditanya adakah Zahnita akan memberi peluang kepada Zakery, jawabnya perkara itu tidak mungkin terjadi.
"Tidak! tidak mungkin saya akan kembali bersama dia (Zakery). Saya boleh maafkan dia tetapi untuk melupakan apa yang berlaku terhadap saya sebelum ini tidak mungkin.
"Saya mengaku, saya cukup trauma," ringkasnya.
Kes Zahnita mula mendapat perhatian selepas berkongsi di media sosial keadaannya teruk dipukul oleh individu dipercayai suaminya selepas sekian lama berdiam diri.
Susulan laporan yang dibuat oleh Zahnita, suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor, telah ditahan oleh pihak berkuasa.
Ujian awal mendapati Abdul Zackery positif dadah.

#Ibu #Mertua #maaf #Zahnita #Mohon #kepada
;