Zahnita Wilson Sebak Dapat Sokongan Daripada Warganet - "Moga Terus Kuat Ya"
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukurnya kerana mendapat sokongan daripada orang ramai selepas mendedahkan dirinya merupakan mangsa keganasan rumah tangga.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Kuliah Cinta ini mengucapkan terima kasih kepada warganet yang banyak menyokongnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson Direman Kes Keganasan Rumah Tangga
ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita Bakal Fail Cerai, Bukan Mudah Berdepan Dengan Orang Narsistik - “Memang Susah Nak Lari…”
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Mata Lebam, Zahnita Jadi Mangsa Penderaan? - “Ini Sebab Saya Tinggalkan…”
“Assalamualaikum, terima kasih untuk ucapan dan sokongan.
“Saya akan bersama dengan anda sebentar lagi,” ujar Zahnita menerusi ruangan komen.
Menerusi video yang dimuat naik juga menunjukkan Zahniata kelihatan sebak membaca komen-komen warganet dan rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Pada masa sama, Zahnita juga sempat mempromosikan jualannya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata mendoakannya agar terus kuat melalui ujian dan dipermudahkan segala urusan.
“Sending you virtual hug ?. Keep going! ?.
“Kalian smua. Sokong bisness dia. Utk dia berjuang utk anak2 juga diri sendiri. Kita nak zahnita kuliah cintaaaaa kembali . Pernah makan humble pie dia. Member beli. Mmg sedapppp n worth it.
“Virtual hugs & kisses for you. Let me be your shoulder to cry on. Major love buat you. Keep on fighting.
“Saya nangis sekali bila tengok video sis ni. Moga terus kuat ya.I will suport you sis
Love you.
“Stay strong sis, like you always did, support you from far, hugs and kisses,” kata netizen.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan Zahnita yang mendakwa telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Dakwaan itu dibuat selepas Zahnita berkongsi matanya lebam seperti dipukul.
Sekadar info, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.