gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!
HIBURAN
Ammar Ahyan Simpan Hajat Nak Jadi Ahli Politik, Terinspirasi Dengan Bapa Sendiri! - "Saya Nampak Betapa Susahnya ..."
HIBURAN
“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Zainal Abidin Tak Salahkan Anaknya Ikut Budaya Barat

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
08/02/2017
06:59 MYT
Sponsor Banner
Zainal Abidin Tak Salahkan Anaknya Ikut Budaya Barat
Penyanyi Zainal Abidin tidak pernah menyalahkan anak keduanya, Timur yang kini terikut-ikut dengan gaya hidup barat.
Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 58, berkata dia tidak dapat memantau sepenuhnya anaknya itu kerana sejak kecil ditinggalkan bersama bekas isterinya, Natasha Gabriel Abdullah yang merupakan seorang mualaf.
"Saya tak salahkan Timur yang kini terlalu mengikut budaya barat kerana dia tinggal bersama ibunya yang merupakan seorang mualaf.
"Namun setiap kali dia berjumpa saya, saya akan mintanya memakai pakaian yang lebih sopan serta menanggalkan pewarna kukunya.
"Kemudian saya akan memintanya solat bersama saya.
"Dia seorang budak yang baik dan mendengar kata. InsyaAllah sedikit demi sedikit dia boleh berubah ke arah kebaikkan," katanya kepada Astro Gempak.
Hasil perkahwinan terdahulu, Zainal dan isteri dikurniakan dua orang anak iaitu Mikhail, 24 dan Timur, 22.
Bercerita mengenai kehidupannya kini, penyanyi lagu Hijau itu berkata dia gembira membesarkan dua lagi anaknya yang lain bersama isteri terbaharu.
"Anak- anak saya membesar dengan baik dan saya suka terapkan mereka dengan ilmu agama.
"Saya juga pastikan anak-anak saya tidak meninggalkan solat kerana itu teras agama," katanya
Mengenai perkembangan lain, Zainal bersama kumpulan Headwin bakal menjayakan konsert The Musical Journey of Zainal Abidin- 35 Anniversary di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre, pada 25 Februari ini.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Penyanyi
#Zainal Abidin
#Timur Gabriel
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement