Hiburan

Zairi Aziz Mahu Bina Nama Sendiri, Enggan Dibayangi Kakak, Nasha Aziz

Umirah Halim
18/12/2024
07:31 MYT
Sponsor Banner
Zairi Aziz Mahu Bina Nama Sendiri, Enggan Dibayangi Kakak, Nasha Aziz

Bakat muda, Zairi Aziz berkongsi bahawa seboleh-bolehnya dia tidak mahu pembabitannya dalam bidang seni dibayangi oleh populariti kakaknya yang juga pelakon senior, Nasha Aziz.

Mahu buktikan bakat sendiri

Menurutnya, dia lebih selesa untuk berdiri atas bakat sendiri tanpa dikaitkan atau dibanding-bandingkan.

“Macam mana saya lari pun orang tetap akan kaitkan, tapi saya mahu orang pandang saya sebagai pelakon yang baik dalam lakonan, bukan lain. Kalau ada komen saya menumpang nama Nasha, saya takkan jawab.

"Saya mahu buktikan kepada orang saya boleh berlakon. Saya percaya dengan kemahiran dan kemampuan. Saya boleh berdiri atas kaki saya sendiri, tapi kalau orang tahu pun tak mengapa sebab ia satu perkara positif.

"Bagi saya, tiada tekanan bergelar adik kepada Nasha walaupun saya tahu ramai yang menggelarkannya sebagai legenda dan pelakon bagus.

"Disebabkan itu, saya sebagai pendatang baharu kena buat yang terbaik juga untuk berada di tahap itu," katanya ketika ditemui Gempak pada sidang media Teater Samaya - Puteri Laut Selatan di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.

Pada masa sama, Zairi turut memaklumkan dia dan Nasha tidak begitu akrab meskipun berkongsi bapa.

"Sebenarnya saya tidak rapat dengan Nasha. Kami Nasha. Kami berkongsi bapa sama, tapi ibu berbeza. Kami terakhir berjumpa pun ketika arwah bapa meninggal pada 2017.

"Tapi kalau berpeluang untuk jumpa Nasha, saya gembira, mungkin boleh berkongsi nasihat atau sebagainya," katanya.

BERITA TRENDING: Buat Konten Dengan Anak Perempuan, Netizen Kagum Lihat Wajah Awet Muda Hisyam Hamid - “Macam Adik Beradik”

BERITA TRENDING: Gemar Kongsi Konten Menghiburkan, Rupa-Rupanya TikToker Hadrey Ali Disahkan Pesakit Mental - “Tak Mampu Tanggung Dah…”

BERITA TRENDING: Hisyam Hamid Puas! Impian Berlakon Bersama

Pada masa sama, berkongsi tentang perancangan kariernya dalam industri seni, Zairi mengakui dia serius mahu membina nama sebagai pelakon kerana minatnya yang mendalam.

"Saya mula berlakon sejak dua tahun lalu tapi pada awalnya saya tidak fokus sepenuhnya. Saya bekerja sebagai pelakon tambahan, membabitkan diri dalam iklan komersial, peragaan secara sambilan.

"Tapi bermula saya banyak menjayakan adegan aksi sebagai 'stunt performer' untuk beberapa filem seperti Pendekar Awang, Harimau Malaya sejak tahun ini. Saya suka genre aksi dan pertarungan.

"Saya juga banyak memasuki kelas lakonan. Saya masuk bidang seni kerana minat dan suka menghiburkan orang lain, jadi saya rasa memang sesuai berada dalam industri seni," katanya yang akan tampil menerusi drama Anak-Anak Mafia di TV3,” tambahnya lagi.

Berkongsi keterujaannya terhadap penglibatan dalam teater Samaya, Zairi memaklumkan ini adalah pementasan teaternya pertama.

Pementasan teater itu diadakan dengan kerjasama Anwar Rusdini Talents, Dewan Bahasa dan Pustaka serta disokong Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Teater Samaya - Puteri Laut Selatan akan dipentaskan antara 27 hingga 29 Disember depan bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teater berdasarkan legenda Nyi Roro Kidul turut dibintangi oleh Nadia Brian, Khenobu, Adilla Shaffi, Rayna Hezza, Yusuf Amin, Daniel Emirrul, Dinie Hisam dan ramai lagi.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024