Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Zaiton Sameon Terima Kad OKU, Layak Mohon Bantuan - “Saya Tiada Pendapatan Tetap, Menyewa Dengan Harga …”

Mya Amri 14/11/2022 | 12:50 MYT
Penyanyi vateran, Zaiton Sameon, 66, kini menerima status Orang Kurang Upaya (OKU) kategori fizikal.

Status itu diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan.

Menurut Zaiton, dia berasa gembira apabila menerima status tersebut kerana ia membolehkan dirinya untuk mendapat bantuan dan memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur.

“Saya kini menyewa di Ampang bersama anak angkat dan terikat dengan bayaran bulanan sebanyak RM800.

“Disebabkan saya tiada pendapatan tetap jadi kadang kala saya lewat melunaskan bayaran kerana masalah kewangan.

“Tawaran menyanyi juga berkurangan dan sebelum ini saya pernah memohon bantuan perumahan PPR, tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap.

“Alhamdulillah, saya harap dengan adanya kad OKU ini dapat melayakkan saya untuk menerima bantuan tersebut,” ujarnya.

Zaiton berkata demikian selepas majlis penyerahan kad OKU yang turut dihadiri Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Che Samsuzuki Che Noh pada Isnin.

Terdahulu, Zaiton layak menerima status OKU kategori fizikal selepas disahkan mengalami trauma kecederaan otak oleh pihak hospital berikutan kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 1990.

Dalam kemalangan itu, anaknya iaitu Azirwan Abu Bakar terkorban dalam nahas tersebut.

#OKU #Bantuan #Zaiton Sameon #Kad OKU #Orang Kurang Upaya
;