Hiburan

"Zaman Sekarang Tak Kisah Perempuan Pandai Masak Atau Tak, Yang Penting ..." - Aeril Zafrel

Amri Hassan
09/12/2020
05:12 MYT
Sponsor Banner
"Zaman Sekarang Tak Kisah Perempuan Pandai Masak Atau Tak, Yang Penting ..." - Aeril Zafrel
Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel berpendapat tidak menjadi masalah sekiranya golongan wanita yang tidak tahu memasak untuk berkahwin pada zaman sekarang.
Mengimbas semula kisahnya bersama Wawa, cerita Aeril dia menerima isterinya itu biarpun hanya tahu memasak hidangan asas.
"Zaman sekarang ni tak kisah perempuan pandai masak atau tak yang penting pandai cari duit. Sekarang ni orang lelaki pun kalau lapar order je makanan.
"Tapi, sekurang-kurangnya pandailah masak asas seperti nasi ke telur ke, rebus air ke...
"Macam Wawa pun tak pandai masak tapi saya terima je seadanya," katanya berseloroh.
Menerusi sepotong video yang dimuatnaik di akaun Instagram Wawa, pelakon itu menjawab persoalan yang diajukan oleh seorang stokis yang mengadu tidak pandai masak sebelum mendirikan rumah tangga.
Imbas Wawa pada awal perkahwinan mereka, Aeril pernah menghadiahkannya sebuah buku resipi tebal untuk dia belajar memasak.
"Macam Wawa dulu baru kahwin dengan dia pun tak pandai masak. Macam-macam buku masakan beli.
"Ingat lagi ada satu buku masakan tebal, 365 days cook nama buku tu. Hari-hari duk belek, Alhamdulillah sekarang bagitahu je masak apa," cerita Wawa lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar