Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Zarina Anjoulie Tak Akan Maafkan Bekas Tunang Dengan Mudah - “Jadilah Lelaki Sejati & Berdepan Dengan…”

Asyikin Mayudin 10/02/2023 | 07:50 MYT
Pelakon Zarina Anjoulie memberi amaran kepada bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey untuk berhenti menggunakan dirinya sebagai ‘content’ di media sosial.

Zarina atau mesra disapa sebagai Anju menegaskan siara langsung berkenaan adalah kali terakhir dia bercerita dan mengulas mengenai bekas tunangnya kerana membabitkan banyak pihak.

“Satu mesej dan panggilan telefon tidak akan menyelesaikan kemelut ini. Kalau mahu perbetulkan keadaan, jadi lelaki yang sebenar, datang ke rumah untuk meminta maaf kepada ibu bapa saya.

“Saya mengenangkan mak ayah awak sudah tua, jadi saya memilih tidak ingin membuka aib dengan bercerita apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya juga tidak mahu kembali dengan sikap lama dulu. Malah, mungkin ramai yang boleh menjangka apa yang saya boleh lakukan kepada dia. Tolong berhenti menggunakan saya sebagai ‘content’ dan jangan sebut nama saya lagi.

“Ini juga merupakan kali terakhir saya menyebut nama awak dan jika ada yang bertanya mungkin saya akan katakan tidak mengenali awak,” kata Zarina.

Malah Zarina juga memberitahu dia tidak akan memaafkan bekas tunangnya itu yang didakwa sudah memalukan ibu bapanya.

“Saya tidak akan memaafkan awak dengan mudah setelah apa yang awak lakukan. Jadilah lelaki sejati dan berdepan dengan ibu bapa saya. Sekarang ini, awak sudah memalukan ibu bapa saya dengan memperlakukan saya sebegini,” kata Anju.

Terdahulu, Khazrul menulis luahan bahawa dia bukanlah orang yang baik seperti diimpikan Anju dan berharap akan terus bersahabat.

Dalam hantaran yang turut disertakan dengan gambar-gambar kenangan ketika bersama, Khazrul turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya kepada Anju.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Zarina #Anju #Anjoulie #Bekas tunang Anju, #Khazrul Elzey
;