• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Edisi Siasat Sudah Tidak Boleh Diakses
GAYA HIDUP
Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition Kini Di Malaysia, Hadir Dengan Warna Eksklusif & Tandatangan BamBam!
HIBURAN
Ridzokumura Sebak Lihat Anak Dah Pandai Berdikari, Dalami Ilmu Agama - “Sky Kata Kalau Tinggal Solat Rugi, Dia Tak Dapat Doa Untuk Arwah Mummy”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

Khairil Khusyairi
11/11/2024
08:20 MYT
Sponsor Banner
Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.

Wang Hantaran RM11,111.00

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Zera atau nama sebenarnya Nur Nazira Harizan, 29, berkongsi momen bersama Iqwan ketika majlis persandingan yang berlangsung di Forest Valley, Cheras.
Tampil sederhana, Zera dan Iqwan sama cantik sama padan mengenakan busana rona nude.
Dalam majlis cukup indah itu, Zera menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 daripada Iqwan.
Lebih menarik, wang hantaran yang diterima Zera sangat istimewa iaitu sebanyak RM11,111.00 simbolik kepada tarikh hari lahirnya.

7 Tahun Bercinta

Bercakap kepada Gempak, Zera memaklumkan dia mula membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga sejak tahun lalu.

“7 years of knowing each other, Alhamdulillah.. we're finally married.

“Saya dan suami mula rancang kahwin sejak awal tahun lepas. Memandangkan, saya pun dah lama berkawan. Saya rasa dah sampai masa untuk melangkah ke alam baru,” kongsi anak bongsu daripada dua beradik itu kepada Gempak.

Kenal Waktu Belajar

Kongsi pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu lagi dia mula mengenali Iqwan sejak mereka menuntut pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangdaan (ASWARA).

“Saya kenal Iqwan sewaktu saya belajar di ASWARA. Kami ada projek bersama jadi ketika itu lah kami kenal dan mula rapat,” kongsinya lagi.

Untuk info, Zera mula dikenali melalui program pencarian bakat The Band pada 2014 namun bidangan nyanyiannya itu terkubur.
Zera turut mengintai peluang sebagai pelakon apabila muncul dalam beberapa drama sejak 2016 dan kini aktif berlakon.
Iqwan pula merupakan bekas peserta program Akademi Fantasia 2015 (AF2015) dan mempunyai beberapa buah single.
Related Topics
#pelakon
#Bercinta
#Kahwin
#Penyanyi
#Nikah
#Suami
#Isteri
#Hantaran
#Iqwan Alif
#Zera Hariz
Must-Watch Video