Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ziana Zain Minta Hasif Upin Jangan Layan Haters - "Jangan Goyah, Terus Melangkah!"

Amri Hassan 20/10/2023 | 01:44 MYT
Diva pop popular Ziana Zain menasihati penyanyi baharu Hasif Upin agar mengabaikan komen negatif dan kecaman terhadapnya.
Kata Ziana, Hasif sepatutnya lebih memberikan fokus kepada karier dan kecintaannya dalam dunia nyanyian berbanding mengambil pusing akan hal sedemikian.
"Jangan jawab komen 'haters' yang hanya satu peratus saja itu kerana yang penting, Hasif terbabit dalam bidang seni kerana minatnya dalam bidang nyanyian dan dia mahu buat persembahan," katanya.
Hasif yang berduet bersama Ziana menerusi lagu Waktu dihujani komen negatif daripada warganet yang menganggap dirinya tidak layak untuk berduet dengan penyanyi wanita itu.
Tambah Ziana, sekiranya Hasif memberikan respon terhadap komen sedemikian, ia akan membuka ruang untuk orang lain mencari kelemahannya.
"Biasalah, 'jabatan netizen' memang macam tu dan jangan ambil serius apa yang mereka cakap. Mungkin Hasif penyanyi baharu dan dia terasa dengan komen negatif daripada 'haters' itu.
"Jangan goyah dengan komen 'haters' kerana dia perlu terus melangkah dalam bidang nyanyian yang diceburinya itu," tambahnya.
#Viral #Ziana Zain #Netizen #Lagu #Kecaman #Hasif Upin #Waktu
;