Laman Utama

Zizan Razak Umum Tarik Diri Daripada Dunia Forex, Mohon Maaf Jika Ramai Ikut - “Senang Cite, Saya Dah Cuci Tangan..”

Azwa Rahman
16/02/2022
07:11 MYT
Sponsor Banner
Zizan Razak Umum Tarik Diri Daripada Dunia Forex, Mohon Maaf Jika Ramai Ikut - “Senang Cite, Saya Dah Cuci Tangan..”
Aktor hebat Zizan Razak mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia pelaburan Forex di atas sebab-sebab yang tidak diperincikan.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Zizan membuat pengumuman itu di dalam satu hantaran terkini serta di IG story miliknya.
Selain memaklumkan tentang penarikan dirinya, Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak, 38, memohon agar semua peminat mendoakan dirinya.
“Assalamualaikum semua. Hari ini Zizan telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu.
“Doakan yang baik-baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama, Insyallah,” jelas Zizan di dalam hantaran terbarunya.
Dalam pada itu juga, Zizan mengambil pendekatan memohon maaf pada mereka yang mengikuti langkahnya, terjebak di dalam dunia pelaburan Forex.
“Pada mereka yang mengikut Zizan tu, Zizan memohon maaf. Senang cerita, Zizan dah cuci tangan daripada dunia Forex,” katanya lagi.
Jika dilihat sebelum ini, pelakon filem Polis Evo itu sering berkongsi hantaran mengenai trend tukaran matawang asing hasil pelaburan tersebut.
Bukan itu sahaja, anak kelahiran Dungun itu seperti menunjukkan minat untuk mencari tenaga pengajar supaya dapat mempelajari teknik pelaburan tersebut dengan lebih berkesan.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa bersyukur apabila Zizan menarik diri daripada terlibat dengan lubuk wang yang didakwa dari sumber haram itu.
“Alhamdulillah Zizan, haram tetap haram walaupun ramai orang buat,” ujar seorang wargamaya.
“Bagus! Walaupun ramai yang kata nawaitu lah apa lah padahal sah sah haram,” kata seorang wargamaya.
“Tak payah la Forex, bisnes je. Tu lagi senang,” cadang seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, mencari yang halal itu fardhu,” ujar seorang wargamaya.
“Sebab haram kan. Saya tau, ramai yang tarik diri sebab haram,” tulis seorang wargamaya.
“Alhamdulillah keputusan yang elok. Bersangka baik dengan Allah, rezeki ada dimana-mana tu nanti,” sokong seorang wargamaya.
“Tolong Zan, haram tetap haram. Banyak lagi benda yang boleh buat dengan cara halal,” tegas seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 33,000 tanda suka daripada wargamaya.
Memetik laporan Sinar Harian tahun 2021, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah tampil membuat penjelasan bahawa pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar