Hiburan
Zoey Rahman Terkejut Mass Factor Tangkap Cintan, Anggap Sebagai Bestie Saja - "Seminggu Kenal, Belum Jumpa, Ajak Couple"
Pelakon Zoey Rahman terkejut apabila wanita yang sering mengadakan sesi siaran langsung TikTok bersamanya iaitu Mass Factor meluahkan perasaan kepadanya.
Menurut Zoey, peristiwa itu berlaku kira-kira seminggu selepas mereka berkenalan menerusi platform media sosial tersebut.
“Kami buat sesi siaran langsung di TikTok bersama, jadi kami ada keserasian, buat lawak, berlakon sampai tiga empat pagi.
“Kami pun gembira bila ramai followers yang suka tengok kami berlakon dan sebagainya, tetapi selapas itu lama kelamaan ada isu lain pula.
“Timbul isu dalaman yang lebih kepada peribadi, saya cakap pada dia, Mass saya dengan awak, kita sekadar kawan atau pun bestie sahaja.
“Dia kata dia mahukan lebih daripada itu tapi saya cakap kita baru seminggu kenal di media sosial, jumpa pun belum lagi macam mana nak ajak couple.
“Dia okay namun dia block saya, kemudian dia unblock di semua sosial media. Selepas itu dah okay balik,” katanya kepada Gempak.
Zoey berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa produk jenamanya, Mikaseries bertempat di Palmierra 28 Cafe, Petaling Street pada Isnin.
Bagaimanapun kata Zoey, sekiranya ada pihak menyalahkan dirinya seolah-olah memberikan harapan dengan cara layanan baik, dia menerima teguran dengan hati yang terbuka.
“Terkejut juga bila berlaku, ada orang cakap perkara ini terjadi disebabkan saya seolah olah memberikan harapan padanya.
“Saya cakap memang diri saya begini, kalau saya anggap mereka budak tak akan kita nak gunakan ayat yang kurang ajar pula kan. Jadi caranya begitu.
“Tapi kalau ada orang nak cakap silap saya, saya akui itu kesilapan saya, mungkin selepas ini saya buat secara santai santai biasa sahajalah. Tak adalah nak macam manja manja sangat.
“Orang meluahkan secara jujur tetapi kita tak boleh nak salahkan dia juga sebab kita tahu keadaan dia macam mana.
“Tetapi apa pun, sekarang kami sudah jadi kawan baik, dah okay dan tiada masalah. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati hati supaya tak berlaku lagi perkara seperti ini,” jelasnya.
Terdahulu, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman, 39, pernah dikecam gara gara sering mengadakan sesi siaran langsung TikTok bersama Mass sehingga menyebabkan wanita itu menyuarakan hasrat untuk menjalinkan hubungan lebih serius sebelum ini.
Menjelaskan perkata itu, Zoey berkata dia tidak pernah berniat untuk mempergunakan Mass sebaliknya ikhlas ingin membantunya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) selain sekadar menghiburkan pengikut di media sosial.