Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Zoo Negara Banjir, Capybara Terlepas Keluar Tapi Mujurlah ...

Gempak 19/10/2023 | 08:25 MYT
Zoo Negara dilanda banjir kilat lebih satu jam bermula 5 petang semalam.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana bagaimanapun berkata, banjir kilat pada petang semalam itu tidak seteruk seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan semua haiwan berada dalam keadaan selamat.
"Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia.
"Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita.
"Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi," katanya kepada Harian Metro.
Mengulas lanjut, Rosly berkata, kerja-kerja pembersihan akibat banjir kilat yang berlaku di Zoo Negara juga dijalankan pada malam tadi.
"Zoo Negara sudah dibersihkan sehingga jam 11.30 malam. Saya berterima kasih kepada pihak bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana membantu Zoo Negara. Tanpa mereka kerja-kerja pembersihan itu tidak akan siap," katanya.
Beliau turut memaklumkan Zoo Negara dibuka pada hari ini dan ia beroperasi seperti biasa.
Sumber: Harian Metro
#Viral #Banjir #Zoo Negara #Capybara
;