Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Zur Eda Selamat Timang Cucu Kedua

Syafiqah Jalal 04/11/2019 | 23:38 MYT
Penyanyi era 80-an, Zur Eda atau nama sebenarnya Zuraidah Mokhtar selamat menimang cucu kedua pada jam 6.30 pagi semalam.
Anak sulung Zur Eda, Siti Sarah selamat bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita gembira itu dikongsi pelantun lagu Kelmarin menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulilah, anak ku Siti Sarah dah selamat bersalin jam 6.30 pagi tadi.
“Syukur alhamdulilah terima kasih kepada semua yang mendoakan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua hari ini dan hari-hari yang mendatang amin,” tulisnya.
Menerusi InstaStory miliknya juga, Zur Eda turut berkongsi video ketika berada di hospital bersama anaknya.
Pun begitu, bintang Gegar Vaganza 3 itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai jantina cucunya.
Zur Eda menamatkan zaman solo bersama Zulkifli Mohd Yusoff, 54, pada 14 Ogos 1985.
Hasil perkahwinan dibina, Zur Eda dan suami dikurniakan dua cahaya mata, Siti Sarah, 27, dan Mohd Naqib, 20, dan seorang cucu.
#Anak #Zur Eda #Baby #Cucu
;