Berita

5 Sebab WAJIB Tonton Gol & Gincu Vol. 2!

Syafiqah Jalal
25/10/2018
10:32 MYT
Sponsor Banner
5 Sebab WAJIB Tonton Gol & Gincu Vol. 2!
Penantian 13 tahun peminat filem dan siri asal Gol & Gincu akhirnya berakhir apabila filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai hari ini.
Bagi mengahangatkan keterujaan anda sebelum menonton filem ini, apa kata anda baca dan ketahui perkara menarik di dalam GG2 yang menyebabkan anda wajib ke panggung untuk menontonnya.
  1. Cerita Baru, Lebih Segar
GG2 bukan sekuel atau sambungan dari filem atau siri Gol & Gincu tetapi ia merupakan filem baharu yang digarap dengan jalan cerita yang lebih segar serta barisan pelakon baru yang hebat. Meskipun bukan sepenuhnya bergenre komedi tetapi dari mula hingga akhir anda pasti tersenyum kerana terhibur melihat gelagat dan aksi setiap pelakon. Pun begitu, konsep filem ini masih sama dari filem asalnya apabila masih memperkasakan wanita, menerapkan isu persahabatan serta mengaitkannya dengan isu semasa. Malah filem ini dijamin pasti memberi inspirasi buat wanita di luar sana untuk bangkit bahawa tiada apa yang mustahil di untuk mencapai sesuatu.
  1. Pelakon Hebat
Pelakon utamanya Diana Danielle dan Ummi Nazeera adalah gabungan yang mantap meskipun mereka pertama kali digandingkan. Watak Diana sebagai wanita tomboy yang dalam masa bijak bergaya itu adalah karakter yang yang baru dan jarang dilihat. Watak Ummi pula pasti memberi inspirasi kepada wanita berhijab yang lain kerana meskipun bertudung tetapi dia seorang wanita yang lasak dengan hobinya yang suka berbasikal. Selain itu, anda pasti terkejut melihat wajah baru yang membintangi filem ini kerana meskipun mereka baharu tetapi lakonan mereka tidak kekok dan mengecewakan. Meskipun cerita mengenai wanita namun GG2 turut diwarnai juga dengan tiga pelakon lelaki iaitu Syafiq Kyle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir. Watak pelakon lelaki tidak banyak dipaparkan namun pasti memberi kesan kepada penonton kerana watak ‘pakcik bawang’ yang dibawakan.
  1. Lagu Tema Rasmi / OST
Mengenali Red Films, lagu latar dan OST filem mereka sering dinanti-nantikan. Lagu-lagu dalam GG2 ini juga sangat segar dan memberi semangat dan inspirasi ketika menonton filem ini. Mana tidaknya lagu yang sangat bertenaga dari Kaka Azraf berjudul Shout It Out itu sangat memberi semangat yang luar biasa. Bukan itu sahaja, Aizat Amdan juga tampil dengan lagu yang cukup berinspirasi berjudul Hari-Hariku. Selain itu suara merdu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Mia Falencia berjudul Fierce juga turut membuai penonton ketika menonton filem ini. Lagu tema lain adalah nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Ali Aiman dengan judul Curtain Call dan Mimifly tampil dengan lagu On It!
  1. Wajah Cameo & Penampilan Khas
Jangan terkejut jika anda terlihat ramai wajah cameo serta penampilan khas yang hebat dan agak asing dalam bidang lakonan turut terlibat. Mereka terdiri daripada pelakon hebat, seperti Ziana Zain, Nadiya Nisaa, Sherry Al- Hadah dan ramai lagi. Selain itu anda juga akan lihat pelakon asal Gol & Gincu turut membuat penampilan khas seperti Rafidah Aziz dan Kartini. Meskipun hanya cameo, tetapi pelakon-pelakon ini memberi lakonan yang mantap Dalam pada itu, Datin Paduka Marina Mahathir turut membuat penampilan khas.
  1. 10 Pereka Fesyen Tempatan Terkenal
Min Luna yang bertindak sebagai pereka produksi filem telah memilih sepuluh orang pereka fesyen tempatan untuk menyumbangkan rekaan mereka bagi diperagakan oleh barisan pelakon filem GG2 yang dipaparkan dalam babak penting filem ini. Pereka tersebut adalah Alia Bastmamam, Tom Abang Saufy, Rico Rinaldi, Afiq M, Yadotsa, Tysyahmi, Zaimi Zulkifli, Syomir Izwar Gupta, Ezzati Amira dan Nurita Harith. Jadi anda bukan sahaja menonton filem malah seperti berada di dalam pertunjukan fesyen!
GG2 turut dibintangi pelakon lain seperti Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Jad Hidir dan ramai lagi.
GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.
Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka telah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.
Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.
Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024