Berita
5 Sebab WAJIB Tonton Gol & Gincu Vol. 2!
Penantian 13 tahun peminat filem dan siri asal Gol & Gincu akhirnya berakhir apabila filem Gol & Gincu Vol. 2 (GG2) ditayangkan serentak seluruh Malaysia mulai hari ini.
Bagi mengahangatkan keterujaan anda sebelum menonton filem ini, apa kata anda baca dan ketahui perkara menarik di dalam GG2 yang menyebabkan anda wajib ke panggung untuk menontonnya.
- Cerita Baru, Lebih Segar
- Pelakon Hebat
Selain itu, anda pasti terkejut melihat wajah baru yang membintangi filem ini kerana meskipun mereka baharu tetapi lakonan mereka tidak kekok dan mengecewakan. Meskipun cerita mengenai wanita namun GG2 turut diwarnai juga dengan tiga pelakon lelaki iaitu Syafiq Kyle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir. Watak pelakon lelaki tidak banyak dipaparkan namun pasti memberi kesan kepada penonton kerana watak ‘pakcik bawang’ yang dibawakan.
- Lagu Tema Rasmi / OST
- Wajah Cameo & Penampilan Khas
- 10 Pereka Fesyen Tempatan Terkenal
GG2 turut dibintangi pelakon lain seperti Sharifah Amani, Sazzy Falak, Aedy Ashraf, Jad Hidir dan ramai lagi.
GG2 mengisahkan tentang Zak (Diana Danielle) dan Yaya (Ummi Nazeera) pelajar yang memiliki nama asal yang sama iaitu Zakiah tetapi personaliti yang jauh berbeza.
Akibat tercetusnya pergaduhan mereka di khalayak ramai sehingga tular di media sosial, mereka telah dikenakan tindakan disipilin untuk melakukan kerja amal.
Zak dan Yaya memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikenadlikan oleh Jijie (Sharifah Amani). Pelbagai konflik berlaku ketika mereka cuba membantu Jijie dan gadis-gadis tersebut.
Karya terbitan Red Films itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 Oktober ini.