Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
berita

Azhar Akui Tak Layak Bersama Bintang AF Megastar

Syafiqah Jalal 18/09/2017 | 01:58 MYT
Penyanyi Azhar akui sudah menduga penyingkirannya di AF Megastar malam tadi.
Azhar berkata dia rasa begitu selepas menilai persembahannya di AF Megastar tidak sehebat bintang-bintang lain.
"Sebenarnya saya masih lagi rasa kekok membuat persembahan seorang di atas pentas.
"Rasa kekok dan gementar itu telah membuatkan saya melakukan beberapa kesilapan dalam persembahan malam tadi.
"Jadi bila dinilai, saya rasa saya tak layak untuk terus berada di AF Megastar dengan bintang-bintang yang sudah melakukan persembahan yang hebat belaka.
"Malah saya sudah menduga penyingkiran saya pada malam ini," katanya kepada Astro Gempak.
Azhar ditemui selepas tamat konsert AF Megastar malam tadi.
Selain Azhar, Adira merupakan bintang yang tersingkir awal bersamanya di konsert pertama AF Megastar.
Sementara itu, Azhar memberitahu selepas ini dia bakal kembali aktif dalam bidang lakonan selepas menolak beberapa tawaran sebelum menyertai AF Megastar.
"Sebenarnya saya telah menolak lebih tiga tawaran berlakon demi memberi tumpuan dalam AF Megastar.
"Jadi selepas ini saya boleh kembali aktif dalam bidang lakonan semula.
"Namun saya merancang untuk muncul juga dengan sebuah single supaya bidang lakonan dan nyanyian saya boleh seiring," katanya lagi.
10 peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Ewal, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9malam.
Untuk menonton video persembahan Azhar dan bintang-bintang lain, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Akademi Fantasia #Azhael #Azhar #AF Megastar
;