Berita

Corat-Coret GV5: “Cantik Baju Tok Ram Macam Simen Konkrit” – Nabil Ahmad

Mya Amri
13/11/2018
23:00 MYT
Sponsor Banner
Corat-Coret GV5: “Cantik Baju Tok Ram Macam Simen Konkrit” – Nabil Ahmad
Konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) menyaksikan Hetty Sarlene dan Forteen tersingkir.
Manakala bintang yang mendapat tempat teratas adalah Noryn Aziz dengan peratusan markah sebanyak 71.5%.
Selain Noryn lima bintang yang mara ke peringkat akhir adalah Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee, Zamani dan Billy Zulkarnain.
Selain kehebatan konsert, pasti penonon di rumah ingin tahu apa yang berlaku disebalik tabir GV5 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Di sini, Gempak kongsikan kepada anda corat-coret GV5, antaranya:
1. Noryn kelihatan terganggu dengan ear monitor sewaktu menyampaikan lagu Dasyat untuk persembahan pertamanya.
2. Datuk Ramli menggelengkan kepalanya sebaik sahaja duo berkumpulan, Billy Zulkarnain selesai membuat persembahan untuk lagu pertama mereka, Mengenangmu.
3. Paling menarik, peminat ratu dangdut Amelina turut memakai Sari dan menari ketika penyanyi itu menyampaikan lagu Hindustan popular, Kuch Kuch Hota Hai. Meriah sungguh!
4. Peminat Amelina yang duduk di tingkas atas auditorium menaburkan bunga sewaktu bahagian korus lagu berkenaan. Paling penting, bunga tu bunga hidup guys, no fake flowers.
5. Datuk Khadijah Ibrahim juga tidak ketinggalan menari sewaktu persembahan Bollywood Amelina. Amboi Tok bukan main enjoy hehehe.
6. Sewaktu commercial break, Nabil terus berkata “Hai saya Zulkarnain”. Reaksi penonton? Sudah tentu mereka ketawa.
7. Paling kelakar apabila Nabil mengusik busana Tok Ram, “Cantik baju Tok macam simen konkrit”. Tok Ram memberikan pandangan tajam kepada Nabil sambil tergelak kecil.
8. Nabil kerap mengusik Jihan dan mengatakan hos wanita itu kelihatan seperti roket dengan busananya.
Saksikan konsert akhir GV5 yang akan bersiaran pada 18 November ini dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar