Berita
Fesyen Kelambu, Sarung Telur, Cheshire Cat AME2018, Ini Respon Neelofa!
Setiap tahun setiap kali Anugerah MeleTOP, fesyen yang digayakan oleh pengacara Neelofa pasti menjadi bahan usikan netizen di media sosial.
Bermula dengan sut power rangers pink, gaun hijau neon Cell (Dragon Ball), gaun sotong dan tahun ini juga penampilannya tidak terlepas daripada kritikan.
Neelofa yang menyarung pant suit putih rekaan Fizi Woo dan sehelai tudung net hitam disamakan dengan kelambu, net bunga telur dan hamper hari sukan.Neelofa is the definition of fashion terrorist. Call me noob for not being up-to-date but come on please la— umairah (@mairajamhari) April 10, 2018
bunga telur v tudung neelofa#AME2018 pic.twitter.com/XgNnjr0q2c— najihuddin7 (@najihuddin7) April 8, 2018
mung guno kain kelambu hok lebih tu jadi tudung ko ha @Neelofa ? #AME2018 pic.twitter.com/0sNtAyeYN8— adam (@adamaimal) April 8, 2018
Neelofa pakai kain net untuk balut hadiah pun boleh HAHAHAHAHAHAHHA #AnugerahMeletopEra pic.twitter.com/3HySXCJl97— Princess (@nrfrzshm_) April 8, 2018
Untuk segmen kedua pula, dres ballroom merah jambu rekaan pereka fesyen sama disamakan dengan watak kucing Cheshire Cat dalam Alice's Adventure in Wonderland.Haja lopak punya tudung skrg dah mcm net bungkus hamper??#tapistilllawaHajah #neelofa pic.twitter.com/CDjnFxZHAi— Mohd Amirul Zaqone (@zaquan_amirul) April 9, 2018
Menjawab tentang kritikan netizen, Neelofa tidak terkejut apabila imejnya masih menjadi bahan jenaka setiap kali AME.Pretty sure Neelofa’s pink dress is inspired by the cat in Alice in Wonderland #AME2018 pic.twitter.com/4HtWU0Amv8— Hazziq Qayyum Bisnu (@hazziqqayyum) April 8, 2018
"Sudah beberapa tahun perkara sama berlaku dan saya tidak terkejut pun apabila terjadi lagi tahun ini. Sudah terbiasa.
"Yang penting saya berpuas hati dengan pakaian yang saya pakai dan terpulanglah apa yang orang hendak cakap," katanya kepada Astro Gempak.
Neelofa bagaimanapun enggan kritikan itu menjejaskan tanggungjawabnya sebagai hos anugerah itu.
"Kerja keras saya membuahkan hasil dan semuanya berjalan lancar walaupun cuma berlatih dua hari sahaja," katanya.
Selain hos, Neelofa turut menggondol anugerah utama AME2018, Top Top MeleTOP Wanita dan tiga anugerah lain iaitu Fesyen MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP dan Drama MeleTOP (Red Velvet).
Teks oleh: Amri Hassan
Must-Watch Video