Berita

Gugup Mengacara, Sherry Alhadad Pengsan Jatuh Tangga

Mya Amri
19/05/2017
14:10 MYT
Sponsor Banner
Gugup Mengacara, Sherry Alhadad Pengsan Jatuh Tangga
Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad akui pernah pengsan kerana terlalu gugup untuk mengacarakan majlis Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2014).
Sherry berkata kejadian itu merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika bergelar pengacara.
“Memang sekarang saya nampak okay saja ketika menjadi hos kerana pengalaman banyak mengajar saya untuk memperbaiki kelemahan.
“Antara kejadian yang saya masih ingat ialah ketika mengacarakan DFKL 2014, waktu itu merupakan kali pertama saya diberi peranan untuk mengendalikan majlis anugerah.
“Saya terlalu gugup sehingga pengsan akibat jatuh tangga. Ketika itu adalah waktu iklan yang pertama dan saya bergegas ke belakang pentas.
“Bila gementar, saya jadi tidak ada mood untuk makan, tak fikir benda lain hanya fokus tugasan sebagai hos dan ingin pastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai pengacaraan, Sherry memberitahu dia begitu seronok dapat menyesuaikan diri dalam bidang tersebut.
“Saya rasa sangat bersyukur kerana peminat menerima saya sebagai seorang hos dan saya akui masih lagi belajar untuk menjadi pengacara yang baik.
“Rockanova juga merupakan salah satu platform dan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengacarakan program berkenaan.
“Bagi saya ini adalah percubaan yang baik untuk mempelbagaikan cara pengacaraan saya mengikut tema tertentu,” jelasnya.
Teks oleh: Mya Amri
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar