Berita

Indah Edrea Bangga Nyanyi Lagu Ciptaan Hazami

Syafiqah Jalal
22/11/2017
05:56 MYT
Sponsor Banner
Indah Edrea Bangga Nyanyi Lagu Ciptaan Hazami
Pendatang baru, berasal dari Indonesia, Indah Edrea akui bangga apabila berpeluang menyanyikan lagu ciptaan Hazami dalam single terbaharunya, Walau.
Indah Edrea atau nama sebenarnya Indah Pratiwi Subroto, 28, berkata Hazami bukan sahaja komposer malah guru vokal yang banyak memberi tunjuk ajar dalam nyanyiannya.
"Saya bangga dan seronok apabila dapat menyanyikan lagu sepenuhnya ciptaan Hazami.
"Malah saya beruntung kerana sebagai guru vokal, Hazami juga turut memberi tunjuk ajar kepada saya dalam nyanyian untuk membawakan lagu Walau ini.
"Rakaman lagu ini juga berlangsung dengan mudah dengan bantuannya dan ia mengambil masa hanya 30 minit sahaja.
"Tidak cukup dengan itu, Hazami sempat beri pesanan kepada saya supaya selalu merendah diri dan mencari ilmu walaupun sudah bergelar penyanyi," katanya kepada Astro Gempak.
Mula menapak sebagai penyanyi pada akhir tahun lalu, Indah akui tidak menyesal memilih Malaysia untuk mengembangkan karier nyanyiannya.
"Saya sudah mula menyanyi dan belajar vokal sejak sekolah lagi tetapi cita-cita untuk menjadi penyayi baru sahaja jadi kenyataan.
"Pada saya tiada makna sudah terlewat untuk jadi penyanyi kerana berkarya tidak kenal usia.
"Saya juga mencabar diri saya untuk dikenali di Malaysia dahulu walaupun saya bukan berasal dari sini.
"Saya harap selepas ini saya dapat bina nama saya di negara sendiri pula," katanya lagi.
Terdahulu, Indah muncul dengan single pertamanya, Pergilah Bersamanya ciptaan sepeuhnya komposer Indonesia, Bembynoor.
Teks oleh: Syafiqah Jalal Foto: Instagram Cloudworks
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar