Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
berita

“Ini Semua Adat Permainan, Saya Tidak Terkejut” - Rahim Sepahtu Jadi Mangsa Penyingkiran Minggu Suku Akhir SSS2017

Kamaruddin Razal 14/10/2017 | 08:12 MYT
Pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Rahim Sepahtu tidak terkejut dengan penyingkirannya di minggu suku akhir Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).
Ahli kumpulan Tenggiling Taiko yang kalah di tangan kumpulan King Musang mengundi Rahim untuk menjadi mangsa penyingkiran.
“Saya sering menyertai siri Super Spontan saban tahun dan cukup masak dengan adat pertandingan. Istilah tikam belakang itu sudah kurang sesuai untuk digunakan kerana kalah dan menang serta sesi penyingkiran sudah menjadi adat pertandingan.
“Apabila tersingkir di SSS2017, saya tidak terkejut. Saya sudah menjangka perkara tersebut kerana apa sahaja boleh terjadi dalam program sebegini. Ini semua merupakan sebahagian daripada strategi permainan,” kata Rahim.
Tambah Rahim, dia tidak dapat meneka mana-mana peserta yang bakal menjadi juara kerana semuanya boleh terjadi.
“Susah saya nak agak siapa yang bakal menang atau menyerlah kerana masing-masing bagus dalam pertandingan ini.
“Apa yang penting, semua peserta yang tinggal harus bermain dengan baik agar penonton terhibur dan berpuas hati,” katanya lagi.
Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).
Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @rahimr2 dan @zonlawak

Sepatah dua kata daripada @rahimr2 untuk semua. #superspontansuperstar

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

@rahimr2 terkandas di minggu suku akhir #superspontansuperstar . Terima kasih atas khidmat bersama #TenggilingTaiko

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

#Rahim Sepahtu #Super Spontan Superstar 2017 #SSS2017
;