berita

Janji Untuk Isteri, Rayzam Cukur Kepala Selepas Dapat Emas 110 Meter Berpagar

Amri Hassan
27/08/2017
03:40 MYT
Sponsor Banner
Janji Untuk Isteri, Rayzam Cukur Kepala Selepas Dapat Emas 110 Meter Berpagar
“Jika menang pingat emas, saya berjanji akan ‘cukur’ membotakkan kepala serta merta sebaik melepasi garis penamat”!
Itulah dilakukan jaguh 110 meter lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian ‘melunaskan janji’ kepada isterinya sebelum ini menyaksikannya meraih emas yang mencetuskan emosi mendalam terhadap dirinya.
"Saya janji dengan isteri saya sudah lama, dua tiga bulan sebelum ini lagi, dia suruh saya botak, ok saya kata kalau saya menang Sukan SEA saya akan tunaikan," katanya memetik laporan Bernama.
Kejayaan itu merupakan hadiah selepas penantiannya selama 10 tahun untuk kembali merangkul emas dalam temasya Sukan Sea sejak edisi sukan itu di Korat, Thailand.
Malah, ia menjadi kejayaan sulungnya ke atas pencabar utama Jamras Rittidet dari Thailand yang meraih emas sejak tahun 2007.
Atlet kelahiran Keningau, Sabah itu mencatatkan larian 13.83s mendahului juara bertahan empat edisi berturut-turut dari Thailand, Jamras Rittidet yang memenangi perak dengan catatan 14.10s dan pemenang pingat gangsa Clinton Kingsley B dari Filipina yang mencatat 14.15s.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Harian Metro, Bernama Kredit foto: NST, TheMalayMail, Kosmo!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar