Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Keluar FMC Bukan Kerana Kontroversi Haqiem Rusli" - Ernie Zakri

Amri Hassan 08/08/2018 | 07:35 MYT
Penyanyi Ernie Zakri menafikan wujud pertelingkahan dengan syarikat pengurusannya, FMC Music.
Kata Ernie, 25, dia sendiri mengambil keputusan untuk keluar daripada pengurusan terbabit dan bersama Rocketfuel Entertainment selepas lapan tahun.
"Tidak ada sebarang masalah pun antara saya dan syarikat pengurusan terdahulu, tiada juga kena mengena dengan kontroversi membabitkan Haqiem Rusli.
"Saya keluar FMC Music selepas lapan tahun bernaung di bawah syarikat itu dan kontrak saya pun tamat sejak Ogos tahun lalu selepas saya menjuarai Duo Star.
"Selepas mempertimbangkan pelbagai perkara, saya memilih untuk bersama Rocketfuel Entertainment. Better offer!" katanya kepada Gempak.
Ernie mendedahkan dia sudah bernaung di bawah label Rocketfuel Entertainment sejak dua minggu lalu dan kini dilantik sebagai guru vokal untuk rancangan realiti Big Stage.
Terdahulu, wujud pergeseran pendapat antaranya dan isu depresi Haqiem Rusli yang bernaung di bawah label sama.
Baca: "Saya Seperti Orang Bodoh!" - Ernie Zakri Dedah Gimik Depresi Haqiem Rusli Sudah Lama Dirancang
Bagaimanapun, pengurusan terbabit tampil membuat sidang media khas bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan 10 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Big Stage disertai 10 penyanyi iaitu Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @erniezakri, @aqoimran
#Ernie Zakri #Haqiem Rusli #FMC Music #Rocketfuel Entertainment
;