Berita

"Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka, Rabak Suara" - Salwa Dedah Punca Zamani Sakit?

Amri Hassan
29/10/2018
06:14 MYT
Sponsor Banner
"Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka, Rabak Suara" - Salwa Dedah Punca Zamani Sakit?
Penyanyi Salwa Abdul Rahman mendedahkan punca Zamani berdepan masalah peti suara pada konsert GV5 malam tadi disebabkan pemakanan.
Kata Salwa, 52, asam jeruk yang mengandungi cuka menjadi penyebab Zamani gagal melantunkan vokal untuk lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.
"Syukurlah Zamani masih berada di GV. Go Zamani go!
"Lain kali jangan makan asam jeruk yang ada cuka! Aduh! Rabak suara," tulisnya di Instagram.
Malah, kongsi Salwa, Zamani mengambil makanan terbabit dalam kuantiti yang banyak.
"Tanya teman-teman di GV, caterer itu ada sediakan jeruk tu. Zamani makan banyak!
"Sedap kan... Yang ada cuka. Rabak suara!" katanya yang prihatin dengan nasib dan keadaan Zamani.
Salwa turut berkongsi sepotong video Zamani menyanyikan lagu yang sama sepatutnya dinyanyikan malam tadi ketika di sebuah acara sebelum ini.
Video milik asal pembantu peribadi Zamani itu menyaksikan Zamani menyanyikan lagu itu dengan baik sekali.
Zamani kecundang pada konsert kelima GV5 malam tadi namun telah diselamatkan oleh penaja utama, Datuk Seri Aliff Syukri daripada tersingir.
Baca: Imuniti Aliff Syukri Untuk Zamani Bernilai Ratusan Ribu Ringgit!
Dalam perkembangan sama, Zamani bakal menyanyikan lagu Hapus Aku (Nidji) untuk konsert keenam minggu hadapan selepas diumumkan menerusi GV Live Plus malam tadi.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar