Berita

Lima Perkara Yang Nampak Mudah Tetapi Penting Untuk Anda Bersedia Sebelum Mengerjakan Umrah

Badrul Hashim
08/04/2019
04:10 MYT
Sponsor Banner
Lima Perkara Yang Nampak Mudah Tetapi Penting Untuk Anda Bersedia Sebelum Mengerjakan Umrah
Kini semakin mudah untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah umrah. Tidak kira masa, kita berpeluang untuk ke tanah suci Mekkah dengan kemudahan yang ada seperti agensi pelancongan dan sebagainya.
Namun banyak perkara yang mungkin nampak mudah dan remeh, tetapi sebenarnya penting untuk anda bersedia sebelum anda mengerjakan umrah.
Untuk memudahkan anda, kami senarai lima perkara yang nampak mudah tetapi penting untuk anda sebelum anda berangkat ke tanah suci.
Pastikan Anda Tahu Peraturan Di Dalam Ihram
Adakalanya kita melanggar larangan di dalam Ihram tanpa sedar. Contohnya kita tidak boleh memakai sabun wangi ketika di dalam Ihram. Jadi untuk persediaan awal, pastikan bawa sabun yang tidak mempunyai bau-bauan.
Aurat sangat penting ketika di dalam Ihram. Pastikan anda sentiasa menutup aurat dan tidak ada rambut yang terkeluar untuk wanita.
Lelaki pula tidak dibenarkan menutup kepala. Walaupun keadaan panas, jangan sesekali menutup kepala dengan tuala atau sebagainya ketika di dalam Ihram.
Lelaki juga tidak dibenarkan memakai pakaian dalam seperti seluar dalam, boxer ataupun seluar pendek di dalam Ihram. Untuk mengelakkan kejadian yang ‘menyakitkan’ pastikan bawa krim seperti Vaseline untuk mengelakkan kejadian melecet.
Membawa Anak-Anak Di Bawah Umur
Jika anda membawa anak kecil bersama-sama anda, pastikan barangan untuk mereka yang diperlukan sentiasa ada.
Permainan adalah bagus untuk menarik perhatian mereka ketika menunggu di lapangan terbang, beratur di imigresen dan sebagainya. Anak-anak kecil cepat merasa bosan jika perlu menunggu dalam masa yang lama.
Pastikan juga sentiasa ada bekalan makanan untuk mereka. Anda pastinya tidak mahu anak kecil anda kelaparan kerana keperluan mereka untuk makan dan minum.
Lampin juga penting walaupun anak anda sudah masuk usia seperti lima atau enam tahun. Ini memastikan ibadah anda tidak terganggu jika anak-anak perlu ke tandas setiap masa.
Melawat Rawdah, Sebahagian Daripada Syurga
Keinginan untuk menunai solat di Rawdah pastinya menjadi impian setiap insan yang berkunjung ke sana. Rawdah yang terletak di Masjid Al-Nabawi di Madinah merupakan masjid Rasulullah SAW.
Diletakkan dengan karpet berwarna hijau, nampak mudah untuk menemui Rawdah tetapi sukar untuk masuk ke situ kerana terlalu ramai orang yang ingin menunaikan solat serta berdoa di kawasan tersebut.
Waktu yang mungkin sesuai untuk lelaki berkunjung ke Rawdah adalah di sebelah malam, selepas solat Isya’ hingga beberapa jam sebelum terbit fajar.
Ketika ini tidak begitu ramai orang yang mungkin berebut-rebut untuk menunaikan solat kerana Rawdah itu hanyalah ruangan yang kecil sahaja.
Belajar Tentang Umrah, Mekah dan Madinah
Kebanyakan daripada kita hanya belajar tentang umrah, tetapi tidak ramai yang cuba ambil tahu dengan tempat yang kita hendak pergi. Kita terlalu bergantung kepada agensi pelancongan yang membawa kita.
Mengambil tahu tentang sejarah, tempat-tempat yang harus dilawati dan sebagainya tentang Mekah dan Madinah memberikan kita rasa yang penuh apabila mengerjakan ibadah umrah.
Bila kita tahu tentang sejarah dan tempat yang kita akan pergi, kita juga akan lebih arif dengan suasana umrah itu sendiri kerana umrah adalah umpama haji kecil.
Muat Turun Aplikasi Manhajj ke Telefon Anda
Oleh itu sangat penting untuk anda memuat turun aplikasi Manhajj ke telefon pintar anda.
Aplikasi Manhajj menyediakan banyak kemudahan untuk anda yang ingin mengerjakan umrah ataupun sedang mengerjakan umrah.
Dengan Aplikasi Manhajj, anda boleh mendapatkan latihan secara atas talian untuk mengerjakan aktiviti-aktiviti umrah. Menggunakan aplikasi ini juga membolehkan anda mendapatkan maklumat terkini dan pantas tentang apa jua yang berkaitan dengan umrah.
Anda juga boleh belajar secara atas talian cara-cara mengerjakan umrah, apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan dan banyak lagi.
Selain daripada itu, Aplikasi Manhajj juga turut dilengkapi dengan hiburan mengikut Syariah sebagai salah satu cara untuk merehatkan minda anda.
Anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang aplikasi Manhajj dan Manhajj Mutawwif Musim Ke-2 dengan melayari:
Laman Web: www.manhajj.com Facebook: www.facebook.com/manhajjmutawwif Instagram: www.instagram.com/manhajjmutawwif
Kredit Gambar: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar