Berita
"No More Cikgu Pendidikan Jasmani, Minggu Ini Saya Pakai Contact Lens" - Shafie Rio
Setelah dikritik menerusi penampilan 'guru pendidikan jasmani' pada konsert pertama Gegar Vaganza 5 (GV5) minggu lepas, Shafie Rio menyahut cabaran untuk mengubah penampilannya.
Kata Shafie, dia sanggup untuk menggantikan cermin matanya dengan kanta lekap bagi memenuhi tuntutan produksi dan juri GV5.
"Saya okey saja kalau perlu pakai contact lens, walaupun tak pernah pakai sebelum ini. Kalau itu yang terbaik, saya sanggup buat.
"Sebelum ini pun ketika rehearsal, cermin mata saya sampai hujung hidung dah kalau goyang sikit.
"Kalau ketika konsert pun orang kata saya cikgu pendidikan jasmani, mungkin kalau yang tengok saya sebelum itu akan cakap saya pengetua sekolah," katanya kepada Gempak.
Malah, tambahnya cermin mata yang dipakai melorot ke hadapan disebabkan ear monitor di telinganya.
"Apabila pakai ear monitor, lagilah senang cermin mata saya ke hadapan. Sebab itu saya selalu membetulkan kedudukan cermin mata sepanjang menyanyi pada konsert pertama Ahad lalu," tambahnya.
Bagaimanapun, Shafie tidak terkilan dengan komen juri yang menyamakannya dengan imej guru pendidikan jasmani.
"Saya anggap setiap komen itu untuk tujuan kebaikan, tiada berunsur negatif atau menghina pun," kata Shafie lagi.
Shafie yang melantunkan lagu hits kumpulannya, Layu Di Hujung Mekar berjaya menambat hati juri hingga meletakkannya di kedudukan ketiga.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan GV5 yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam.