Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
berita

Raih Pingat Gangsa Dalam Acara Memanah, Fatin Nurfatehah Dapat Inspirasi Dari Kartun 'Robin Hood'

Kamaruddin Razal 16/08/2017 | 13:00 MYT
Atlet memanah negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh berjaya meraih pingat gangsa di hari pertama kejohanan Sukan Sea 2017 selepas menewaskan pemanah dari Indonesia, Dellie Threesyadinda dalam kategori compound individu wanita.
Terlibat secara aktif sejak umur yang muda, ratu memanah negara ini merupakan harapan negara dalam acara memanah yang membuka tirai pada hari ini.
Jom semak sembilan fakta menarik mengenai Fatin:
1. Fatin yang berasal dari Kota Kinabalu, terjebak dalam acara sukan recurve pada usia seawal 10 tahun.
2. Apabila melihat ketangkasan Robin Hood buat kali pertama dalam siri kartun, Fatin terpegun melihat Robin memanah kerana setiap bidikannya menepati sasaran dan seterusnya mengambil kisah dongeng tersebut menjadi idola bagi mengasah bakat memanahnya.
3. Gadis ini menempuhi cabaran apabila didiagnoskan dengan penyakit tulang, skoliosis dan slip disc yang dipercayai menganggu prestasinya
4. Fatin tidak berputus asa malah menceburi kategori compound di mana dirinya belajar menerusi YouTube dan buku.
5. Fatin muncul cemerlang di Sukan Malaysia (SUKMA) 2008 di Terengganu apabila beliau meraih dua pingat emas dalam acara memanah compound tanpa bimbingan jurulatih.
6. Pemanah muda yang kini berumur 26 tahun ini berkedudukan 52 di dunia.
7. Fatin pernah mengungguli kedudukan dunia menerusi tangga ke-27 pada Julai 2015.
8. Fatin merangkul tiga pingat emas pada Temasya Sukan SEA ke-28 di Singapura dua tahun lalu.
9. Dalam Temasya Sukan SEA baru-baru ini, beliau mencipta rekod baru Sukan SEA dan kebangsaan selepas mencatat pungutan mata berjumlah 696 di peringkat kelayakan acara compound individu saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Sumber: Astro Awani
Foto: Facebook Majlis Sukan Negara
#Sukan SEA 2017 #Sukan SEA #Memanah
;