Berita

"Salji & Kimono" - Ini Penjelasan Ippo Hafiz Punca Tersingkir GGV2

Amri Hassan
17/04/2018
06:07 MYT
Sponsor Banner
"Salji & Kimono" - Ini Penjelasan Ippo Hafiz Punca Tersingkir GGV2
Ramai yang kurang memahami konsep persembahan Ippo Hafiz yang menyanyikan lagu Tanpa pada konsert ketiga Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) minggu lalu.
Persembahan Ippo yang menyarung sehelai kimono diselitkan dengan salji yang jatuh dari langit pentas menyebabkan penyanyi dan komposer muda itu tersingkir.
Menjelaskan perkara itu kata Ippo, 29, lagu itu diterjemahkan bahawa Islam ada dimana-mana walau berlainan budaya.
"Saya mahu terapkan Islam ada dimana-mana walaupun berlainan latar dan budaya.
"Tiada apapun yang membezakan kita kerana semuanya bersaudara.
"Tanpa Allah siapalah kita dan hidup tidak bermakna tanpa reda Allah. Itu maksud lagu Tanpa yang saya persembahkan," katanya kepada Astro Gempak.
Ippo tidak menyalahkan waktu yang diperuntukkan untuk sesi latihan yang kurang menjadi punca dia tersingkir selepas kumpulan nasyid Rabithah.
"Saya baru dapat susunan lagu Tanpa pada saat-saat akhit namun saya tidak menyalahkan kesilapan teknikal.
"Semuanya sudah tertulis Allah, mungkin di luar ada rezeki lain.
"Saya sudah melakukan yang terbaik namun saya tidak boleh menafikan peserta lain memberikan persembahan yang sangat sengit minggu demi minggu," tambahnya.
Ippo yang hanya memperoleh markah sebanyak 55% daripada juri profesional menjadi peserta kedua GGV2 yang tersingkir.
GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu keempat GGV2 bakal membawa tema Gema Yang Dirindukan dan 9 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @ippohafiz, @maestromediamy
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar