Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Saujana Terharu Dapat Peluang Beraksi Di Konsert Akhir GGV

Kamaruddin Razal 16/05/2017 | 02:51 MYT
Kumpulan nasyid Saujana menzahirkan rasa terharu kerana berpeluang untuk beraksi di konsert akhir Gema Gegar Vaganza (GGV).
Dianggotai oleh Suffian, Najran, Azalinor dan Zuhaidi, Saujana pada awalnya sudah pasrah dan merasakan tiada harapan untuk mereka melangkah ke peringkat seterusnya.
"Menjadi kumpulan dengan kutipan mata paling rendah membuatkan kami pasrah. Kami rasa sudah tiada harapan untuk kami beraksi di pentas akhir.
"Namun begitu, ketika nama kami diumumkan, kami rasa sangat terharu kerana kami masih mempunyai rezeki untuk ke peringkat seterusnya," kata Suffian mewakili kumpulan tersebut.
Tambah Saujana, mereka turut tidak menjangkakan yang mereka mendapat sorakan penonton yang mahukan mereka beraksi di konsert akhir.
"Ketika Saujana menjadi kumpulan satu-satunya kumpulan yang belum dipanggil namanya, kami mendengar satu dewan bersorak untuk kami.
"Pada awalnya kami rasa sudah tiada harapan, tetapi penonton dan peserta lain yang memberikan harapan agar kami mara dan meneruskan perjuangan ke pentas akhir," kata Najran pula.
Konsert akhir Gema Gegar Vaganza akan bersiaran pada Ahad, 21 Mei, jam 9.00 malam di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).
Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.
Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GGV, mahu menonton video-video persembahan peserta dan ingin mendapatkan lebih info mengenai program ini dan, layari laman web www.gemagegarvaganza.com.my atau gunakan hashtag #GemaGegarVaganza untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#GemaGegarVaganza #Saujana
;