Berita

Sibuk Dengan Persiapan Mingguan MLM 2018, Tak Halang Kumpulan Taman Bantu Keluarga Mengidap Penyakit Kulit Ekzema

Rozaimi Zubaidi
22/11/2018
03:28 MYT
Sponsor Banner
Sibuk Dengan Persiapan Mingguan MLM 2018, Tak Halang Kumpulan Taman Bantu Keluarga Mengidap Penyakit Kulit Ekzema
Walaupun sibuk melakukan persiapan untuk Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), kumpulan Taman sempat meluangkan masa untuk memberi sumbangan kepada keluarga mengidap penyakit kulit Ekzema.
Menerusi entri di Instagram (IG), kumpulan Taman yang dianggotai oleh Tauke dan Man berharap sumbangan diberikan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga tersebut.
"Alhamdulillah, semalam misi kami @tamanofficial_ dan @sasukepremiumoutlet_official di permudahkan untuk memberi sedikit bantuan dan sumbangan kepada Puan Ain Abdullah kerana anak-anak beliau menghidapi penyakit kulit yang teruk.
"Semoga dengan bantuan dan sumbangan kami ini dapat meringankan lagi bebanan beliau dan keluarga. Aminnn," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Tauke dan Man dalam membantu insan yang memerlukan serta mereka mendoakan agar kumpulan Taman sentiasa dimurahkan rezeki.
Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang suami yang hanya berbekalkan gaji RM850 sebulan untuk menyara dua orang anak yang mengidap penyakit kulit Ekzema.
Jangan lupa untuk menyaksikan MLM2018 yang bersiaran setiap Jumaat pada pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar