berita
#ThrowbackGempak2019: Lima Artis Korea Meninggal Dunia, Depresi & Cyber Buli Antara Penyebabnya
Terkenal dengan tarian bertenaga, rupa paras menawan, suara yang memikat dan persembahan bertaraf antarabangsa membuatkan K-Pop menjadi fenomena diseluruh dunia.
Namun siapa sangka disebalik kemeriahan dunia hiburan di Korea, tersimpan kisah duka, risiko dan kepahitan yang terpaksa dilalui oleh bintang idola negara berkenaan.
Tahun ini sahaja industri hiburan Korea digemparkan dengan berita kematian beberapa bintang popular secara mengejut.
Lebih menyedihkan, kebanyakkan kematian mereka berpunca akibat depresi dan juga cyber buli hanya kerana berstatus selebriti.
Berikut merupakan lima selebriti Korea yang kematian mereka mengejutkan peminat K-Pop seluruh dunia.
1.Sulli
Kematian pelakon dan bekas anggota kumpulan f(x), Sulli menjadi salah satu insiden paling menyayat hati dalam industri K-Pop sepanjang tahun 2019.
Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin Ri ditemui mati oleh pengurusnya di tingkat dua kediamannya yang terletak di Seongnam, Seoul, Korea pada 14 Oktober lalu.
Paling menyedihkan, Sulli telah membuat Instagram live terakhir dengan ayat paling meruntun jiwa, “Kenapa anda mengeluarkan kata-kata sedemikian tentang saya… Saya bukan orang yang jahat… Jangan salah faham tentang saya…” ujarnya sedih.
Sulli sebelum ini mengalami depresi kerana sering dibuli netizen dengan kata-kata kecaman melampau sehingga apa sahaja yang dilakukan tetap menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.
2.Goo Hara
Rakan baik Sulli yang juga merupakan penyanyi dan bekas anggota kumpulan KARA, Goo Hara tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menerima berita kematiannya dan menangis teresak-esak sewaktu membuat Intagram live.
Namun pada 24 November 2019, peminat K-Pop sekali lagi dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila Hara kemudiannya dilaporkan meninggal dunia.
Mayat Hara ditemui oleh kenalannya dikediaman yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul, Korea.
Hara yang mengalami depresi sebelum ini pernah percubaan membunuh diri pada 27 Mei tahun yang sama namun sempat diselamatkan oleh pengurusnya.
Goo Hara sebelum ini juga mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki sehingga memberikan kesan kepada dirinya sejak tahun lalu.
Hara dan teman lelakinya juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk.
3.Cha In Ha
Pelakon Korea yang juga merupakan anggota kumpulan SURPRISE U, Cha In Ha, 27, dilaporkan meninggal dikediamannya pada 3 Disember 2019.
Berita kematian In Ha ternyata mengejutkan peminatnya apatah lagi aktor itu baru sahaja memuat naik foto terbarunya menerusi Instagram dalam masa kurang 24 jam.
Kematian In Ha menjadikannya kematian ketiga membabitkan selebriti muda dari negara Korea dalam tempoh dua bulan lalu.
4.Jeon Mi Sun
Pelakon Korea Jeon tidak bernyawa di dalam sebuah bilik hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara pada Julai 2019.
Pihak polis mengesahkan kematian pelakon berusia 50 tahun itu adalah kerana bunuh diri.
Menurut pihak polis Jeonbuk, mendiang hadir ke sebuah hotel di Jeonju, wilayah Jeolla Utara berseorangan.
Menurut laporan, Mi Sun berdepan dengan masalah kemurungan akibat beberapa peristiwa yang berlaku pada keluarganya.
Mi Sun sempat menghubungi bapanya pada jam 1:04 pagi dan kematiannya dianggarkan berlaku 2 jam kemudian.
Mi Sun sebelum ini dikenali sebagai pelakon sekitar tahun 1990 dan popular dalam berapa siri seperti Memories of Murder, Moon Embracing the Sun dan Hide and Seek.
5.Woo Hye Mi
Penyanyi, Woo Hye Mi ditemui mati pada 21 September 2019.
Polis mengesahkan kematian penyanyi berusia 31 tahun ini meninggal dunia akibat bunuh diri.
Jasad Hye Mi ditemui tidak bernyawa di kediamannya yang terletak di Wilayah Mapo, Korea Selatan.
Hye Mi mula dikenali selepas muncul dalam program The Voice Korea dan telah menerbitkan album pertamanya pada 19 Ogos 2019.
Harus diakui, depresi akibat gejala buli siber amat membimbangkan. Komen-komen negatif yang dilontarkan warganet ternyata sangat keterlaluan.
Selain buli secara fizikal, buli siber juga jauh lebih bahaya dan boleh membawa maut.
Persoalannya sampai bila gejala ini akan berterusan? Gara-gara buli siber, pelbagai risiko yang boleh berlaku seperti kemurungan, gangguan emosi sehingga menyebabkan seseorang boleh mencabut nyawa sendiri.
Seandainya perkara ini berlaku dikalangan kenalan anda bagaimana? Fikir-fikirkan lah…