berita

Wow! Nama ‘Speedy Jantan’, Manusia Terpantas Asia Tenggara ‘Trending Worldwide’!

Fiza Kamarudin
22/08/2017
15:40 MYT
Sponsor Banner
Wow! Nama ‘Speedy Jantan’, Manusia Terpantas Asia Tenggara ‘Trending Worldwide’!
Tahniah diucapkan kepada jaguh pecut 100 meter negara, Khairul Hafiz Jantan yang muncul sebagai manusia terpantas Asia Tenggara apabila memenangi pingat emas acara final riben biru Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Khairul digelar Speedy Jantan, 19, menamatkan saingan merakam masa 10.38 saat untuk berada di tempat pertama sekali gus menamatkan penantian 14 tahun dalam acara itu.
Nama Khairul atau diberi jolokan ‘Speedy Jantan’ turut menjadi trending world wide di laman sosial Twitter.
Lebih membanggakan, ‘Speedy Jantan’ turut menewaskan juara bertahan dari Filipina, Eric Shauwn Cray yang melakar 10.43 saat sekadar membawa pulang pingat perak, manakala pingat gangsa pula dimenangi atlet Thailand, Kritsada Namsuwun 10.43 saat.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara pecut pada Sukan SEA adalah pada edisi 2003 di Vietnam menerusi bekas raja pecut negara Nazmizan Muhammad yang merangkul emas berganda dalam acara 100m dan 200m.
Sementara itu, ratu pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli memenangi pingat perak acara 100 meter wanita final.
Jom kita sama-sama saksikan detik emas, 'Speedy Jantan'! #bangkitbersama
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar