Big Stage 2023

#BIGSTAGE5: COEX Tersingkir, Juri Sifatkan 'Over Empowering Voice' Jadi Penyebab! - "Maaf, Tak Boleh Diselamatkan"

Amri Hassan
19/06/2023
06:53 MYT
Sponsor Banner
#BIGSTAGE5: COEX Tersingkir, Juri Sifatkan 'Over Empowering Voice' Jadi Penyebab! - "Maaf, Tak Boleh Diselamatkan"
Juri tetap Big Stage 5 Aina Abdul dan Ajai menyifatkan prestasi merudum kumpulan COEX menjadi punca tersingkir pada konsert ketujuh yang berlangsung malam tadi.
BACA: #BIGSTAGE5: COEX Tersingkir Dengan Markah Tercorot 57.33%! Semak Markah Penuh Setiap Peserta
BACA: #BIGSTAGE5: Giliran Nadeera Dapat 100%, Aina Abdul; "Saya Faham Betapa Bermaknanya Lagu Itu ..."
Jelas Ajai, kualiti nyanyian COEX pada persembahan terbabit terbukti bukan sahaja juri malah audiens yang mendengar.
"Saya yakin publik pun tahu menilai dan ia terbukti menerusi undian dari peminat sendiri. Hal ini membuktikan juga ada perkembangan positif daripada sudut audiens yang mendengar, mereka tahu sedap atau tak sedap," ujar Ajai.
Sementara itu, tambah Aina, persembahan COEX menerusi lagu Cupid (Fifty Fifty) itu hanya bergantung kepada markah kreativiti persembahan semata-mata.
"Berlakunya 'over empowering voice' dalam persembahan COEX. Ia boleh menjadi antara dua, iaitu bagus atau tidak. Malangnya, kami tak dapat selamatkan COEX dan perlu adil dengan peserta lain.
"Kami hanya dapat persembahan semata-mata dari COEX pada kali ini," ujar Aina.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan minggu ini adalah Misha Omar.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar