Big Stage 2023
#BIGSTAGE5: Kak Lina Pom Pom Pasrah Baju Kena ‘Bahan’ Netizen & Juri Macam Langsir
Malam suku akhir Big Stage 5 berlangsung meriah dengan persembahan mantap dalam kalangan peserta yang bertanding.
Bukan hanya persembahan setiap peserta, aksi spontan dan kecekapan dua hos yang diamanahkan membuat program tersebut ‘hidup’ sejak awal hingga akhir iaitu Kak Lina Pom Pom dan Rina Nose.
Seperti minggu-minggu sebelumnya selain keletah, penampilan Kak Lina dan Rina Nose juga menjadi perhatian. Hal ini kerana kedua-duanya kerap tampil dengan beragam fesyen yang menarik.
Namun untuk penampilan malam suku akhir, penampilan Kak Lina yang menggayakan busana hitam dihiasi ‘juraian’ berwarna emas disifatkan seperti kain langsir.
Selain mendapat komen baju Kak Lina seperti langsir di laman sosial yang dibacakan oleh Presiden Netizen iaitu Anna Jobling, penampilannya juga menjadi usikan dalam kalangan juri.
Ziana Zain selaku juri jemputan sempat mengusik baju Kak Lina seperti langsir, sama seperti Ajai yang ketawa sebelum mengatakan: “Yang penting anggun”.
Meski menjadi bahan usikan sejak Bigstage bermula sehingga akhir, Kak Lina tetap selamba, ‘pasrah’ dan sporting.
Diketahui busana yang digayakan hos, pelakon dan penyanyi itu direka oleh pereka terkenal, Wanpa.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap, manakala juri jemputuan akan membantu setiap minggu.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).