BIG STAGE S2 BM
Big Stage 2019: “Masa Rehearsal Lagi Saya Sudah Minta Sediakan Teks Ucapan Penyingkiran”- Syada Amzah
Penyanyi Syada Amzah menerima keputusan penyingkirannya di minggu kelima Big Stage 2019 dengan reda.
Menurut Syada, dia seperti sudah dapat merasakan penyingkirannya pada konsert minggu kelima yang lalu selepas meminta pihak pengurusan menyiapkan teks ucapannya jika tersingkir.
“Saya terima dengan positif keputusan undian online yang tidak memihak kepada diri saya hingga nama diumumkan sebagai antara dua peserta yang tersingkir.
“Lagipun, kebetulan pula masa rehearsal sehari sebelum itu, nama saya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
“Ketika itu, saya seperti sudah dapat rasakan ia akan berlaku di konsert sebenar. Jadi saya pun meminta pihak pengurusan menyediakan teks ucapan jika saya tersingkir,” katanya kepada Gempak.
Syada dan Chaleda merupakan dua bintang yang diumumkan tersingkir pada minggu kelima Big Stage 2019, Ahad lalu.
Tambah Syada lagi, dia akan meneruskan perjuangannya dalam bidang seni dan memberi sokongan pada rakan-rakan lain yang berada di Big Stage 2019.
“Pada saya, peserta yang lain juga lebih layak untuk meneruskan saingan kerana mereka sudah lakukan yang terbaik.
“Sementara saya masih meneruskan perjuangan saya dalam bidang ini dan bakal muncul dengan single pertama tidak lama lagi,” katanya lagi.
Big Stage 2019 diteruskan lagi pada minggu hadapan dengan 8 bintang yang lain seperti Han Byul, Santesh, Adzrin, Dinda Permata, Kucaimars, Fieya Julia, Neeta, Irfan Haris.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2019 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan inj ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Must-Watch Video