Big Stage S4
Big Stage 2022: Gagal Tunjuk Something Special, Lia Aziz Tersingkir Minggu Ketiga
Penyanyi Lia Aziz menjadi bintang Big Stage 2022 kedua yang tersingkir pada konsert minggu ketiga yang bersiaran secara langsung pada Ahad.
Lia mendapat markah sebanyak 55% gagal meneruskan perjuangan pada minggu keempat yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Lia Aziz yang menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah gagal memuaskan hati juri.
“Awak ada potensi, kena tunjuk lebih lagi something special” begitu kata Han Byul selaku Juri Juara.
Aisha Retno pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan kedua dengan markah sebanyak 82%.
Berikut merupakan jumlah markah yang diterima oleh setiap peserta:
1. Aisha Retno - 82.00%
2. Elica Paujin - 80.40%
3. Syafiq Abdillah - 75.00%
4 Daniel Chuer - 72.80%
5. Ajoi Zainal - 65.20%
6. Tegar Septian - 64.40%
7. Yazmin Aziz - 60.00%
8. Tuah Adzmi - 55.4%
9. Lia Aziz - 55.00%
10. Sofiaa Mariellya - 44.20%
11. Megat Rahim - 39.00%
Dalam pada itu, Elica Paujin menerima anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up pada minggu ini.
Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Han Byul.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
10 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).