Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Big Stage S4

Big Stage 2022: Laluan Mami Jerung Terhenti! Tersingkir Minggu Ke-5, Ajai Kata Persembahan Kurang Feel!

Azwa Rahman 06/03/2022 | 17:13 MYT

Penyanyi tular Sofiaa Marieylla menjadi bintang Big Stage 2022 keempat yang tersingkir pada konsert minggu kelima yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Sofiaa mendapat markah sebanyak 58.6% dan gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Peserta yang mendapat jolokan nama Mami Jerung itu mempersembahkan lagu Ku Mahu gagal memuaskan hati juri.
Mengimbas semula komen Ajai selaku juri tetap untuk persembahan Sofiaa, penyanyi itu kurang penghayatan selain mempunyai masalah pendengaran.
"Minggu ni feel awak tak sama macam minggu-minggu yang lain. Mungkin sebab lagu ni original dia bukan dangdut, tapi kita nak kan satu pembaharuan," kata Syafinaz.
Elica pula menjadi bintang yang menjuarai konsert mingguan kelima dengan markah sebanyak 92.2%.
Manakala, Aisha Retno memenangi Anugerah Persembahan Cuckoo Paling Up kategori Kreativiti Paling Ohsem dan menerima hob induksi hybrid Cuckoo Inductrio bernilai RM3,880.
Berikut merupakan jumlah markah yang diterima oleh setiap peserta:
1. Elica Paujin: 92.2%
2. Aisha Retno: 91.2%
3. Danial Chuer: 88.4%
4. Megat Rahim: 76.8%
5. Ajoi Zainal: 70.8%
6. Syafiq Abdilah: 70.4%
7. Tegar Septian: 69.8%
8. Sofiaa Marieylla: 58.6%
9. Yazmin Aziz: 47.0%
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula masih diisi oleh pelakon Adlin Aman Ramli dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida pada minggu ini.
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Elly Mazlein, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
8 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla, Tegar Septian, Syafiq Abdilah dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

#Konsert #Siti Nurhaliza #Tersingkir #Big Stage #Sofiaa Marieylla #Mummy Jerung
;