Big Stage S4

Megat Rahim Tak Ada Masalah Cakap Melayu, Kawan Tegur - “Jangan Nak English Sangat”

Mya Amri
16/03/2022
02:45 MYT
Sponsor Banner
Megat Rahim Tak Ada Masalah Cakap Melayu, Kawan Tegur - “Jangan Nak English Sangat”
Penyanyi dan bekas bintang Big Stage 2022, Megat Rahim tidak mempunyai masalah untuk bertutur dalam bahasa Melayu.
Cuma disebabkan sudah didedahkan dengan bahasa Inggeris sejak kecil membuatkan Megat terbiasa bertutur dalam bahasa tersebut.
Bagaimanapun kata Megat, dia sudah berdepan dengan kritikan mengenai cara pertuturannya itu sejak di bangku sekolah lagi.
“Dari kecil hingga sekarang saya membesar dengan keluarga yang bercakap bahasa Inggeris dalam kehidupan harian.
“Jadi bila saya dah terbiasa dengan keadaan itu orang lain yang dengar pula tidak boleh terima.
“Di sekolah pun ada kawan-kawan yang tegur mereka kata jangan nak English sangat. Saya tak ada masalah untuk bertutur bahasa Melayu,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam perkembangan terbaharu, Megat memaklumkan akan mengeluarkan album penuh tidak lama lagi.
BACA: “Ini Yang Korang Nantikan, Jadi Saya Dah Tersingkir Dah…” - Megat Rahim Tak Ambil Hati Jadi Target Netizen
Megat yang menyampaikan lagu Kelentang Kelentong nyanyian asal Hael Husaini tersingkir di minggu suku akhir Big Stage 2022.
BACA: Big Stage 2022: Tiada Rezeki, Dua Sekaligus! Syafiq Abdilah & Megat Rahim Tersingkir
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula diisi oleh pengarah, Michael Ang dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida minggu ini.
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari.
Big Stage 2022 juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Enam bintang yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Danial Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018).
Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019) manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar