Big Stage S4
“Saya Catat Untuk Belajar Sebut Satu-Satu” - Tegar Menyanyi 'Loghat Nogori' Memang A+
Penyanyi dan bintang Big Stage 2022, Tegar mempunyai cara tersendiri untuk melancarkan sebutan ‘loghat nogori’ lagu Gadis Jolobu nyanyian asal Waris dan Datuk Hattan.
Menurut Tegar, dia mencatatkan segala ayat yang perlu diberi penekanan dalam loghat tersebut untuk memastikan sebutannya lancar.
“Sebetulnya saya dah pernah belajar sebelum ini tetapi tidak penuh. Bab lain saya okay cuma bahagian rap itu saya perlu belajar lagi.
“Dari seminggu saya belajar bahagian rap, dia punya artikulasi saya catat sebagai contoh sebutan orang jadi oghang.
“Catat satu satu jadi saya kena fasihkan. Belajar dan terus belajar. Alhamdulillah, akhirnya saya boleh lakukannya dengan yakin,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai Gadis Jolobu, Tegar mengakui lagi tersebut sangat mencabar bagi dirinya.
“Satu penghormatan buat saya dapat menyanyikan lagu itu. Tidak dinafikan lagu itu sangat mencabar terutamanya dari segi pernafasan.
“Jadi saya kena kawall pernafasan dan juga sebutan lirik, kena fasih dan juga bahagian rapnya. Saya juga belajar sebutannya dengan kawan-kawan di Big Stage,” ujarnya.
Bagi menyuntik pembaharuan segar agar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjurikan Big Stage 2022 bersama komposer terkenal, Ajai dengan juri juara undangan ialah Aliff Aziz.
Manakala kerusi juri pedas dan presiden netizen pula diisi oleh pengarah, Michael Ang dan usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida minggu ini.
Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar, tugasan mengacara bagi kapsul Studio Big Stage pula disandang oleh Isha Norsham.
Sementara itu, personaliti ERA, Muna Bella dan Haiqal dari Thinker Studios pula digandingkan sebagai pengacara untuk program Big Stage Live Plus yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000dan RM25,000 beserta trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari.
Big Stage 2022 juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Enam bintang yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Aisha Retno, Yazmin Aziz, Danial Chuer, Elica Paujin, Tegar Septian dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018).
Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019) manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).