BIG STAGE
Sarah Suhairi Ambil 'Injection' Untuk Persembahan Big Stage Minggu Keempat
Penyanyi remaja dan juga peserta Big Stage, Sarah Suhairi menjelaskan dirinya telah mengalami masalah kesihatan selama seminggu sebelum konsert minggu keempat pertandingan tersebut.
Menurut Sarah, dia kerap berjumpa doktor dan mengambil yang dibekalkan secara konsisten namun demam yang dialaminya mengambil masa yang lama untuk sembuh.
"Selepas konsert minggu ketiga, saya terus mengalami demam dan selesema sehingga lah konsert minggu keempat pada malam ini.
"Saya kerap berjumpa doktor dan makan ubat yang dibekalkan, namun demam ini mengambil masa yang agak perlahan untuk sembuh.
"Memandangkan keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya, doktor telah memberikan suntikan kepada saya agar lebih bertenaga untuk membuat persembahan pada malam ini," jelasnya.
Sarah ditemui di konsert minggu keempat Big Stage bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada malam tadi.
Selain Sarah, peserta yang masih bertahan untuk merebut gelaran juara pertandingan tersebut adalah Tajul, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Baby Shima, Ariff Bahran dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video